May 29, 2009

Bina model ekonomi baru

KUALA LUMPUR 28 Mei - Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) akan memberi fokus kepada pembinaan model ekonomi baru bagi memastikan Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020.

Pengerusi MPEN, Tan Sri Amirsham Abdul Aziz (gambar) berkata, sehubungan itu, majlis tersebut bakal menyediakan pelan jangka sederhana dan panjang untuk membolehkan Malaysia bersedia ke arah itu.

Menurut beliau, antara aspek yang bakal diberi tumpuan dalam model ekonomi baru itu ialah meningkatkan golongan pertengahan di kalangan semua kaum di Malaysia.
''Untuk meningkatkan golongan pertengahan, kita akan memberi fokus kepada pertambahan pendapatan rakyat.

''Apabila jumlah golongan ini dapat ditingkatkan, secara tidak langsung ia akan memperbaiki pelbagai jurang di antara kaum,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, selain itu, MPEN juga akan menyediakan platform kepada ekonomi domestik untuk berhadapan dengan cabaran global pada masa depan.

Jelas beliau, antara usaha yang akan dilaksanakan ialah memastikan ekonomi tempatan cukup kompetitif dan memiliki daya tahan kukuh, tidak hanya bergantung kepada sektor pembuatan.
Untuk itu, MPEN akan menyediakan landasan bagi meningkatkan tahap kemahiran modal insan untuk pelbagai sektor ekonomi.

''Ini penting untuk memastikan Malaysia bersiap sedia untuk bersaing dengan Vietnam, negara yang bakal menjadi pesaing negara,'' ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pelantikannya, Amirsham menyifatkan ia sebagai satu tanggungjawab besar kerana mendokong harapan rakyat dan beliau berikrar akan memberi perkhidmatan terbaik.

Beliau menaruh harapan agar MPEN mendapat kerjasama semua pihak, swasta dan kerajaan bagi memastikan misi meningkatkan keupayaan ekonomi domestik dalam mengharungi cabaran ketidaktentuan sejagat.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers