March 11, 2009

Tinjauan Pasaran: Sentimen pasaran diramal terjejas

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup lebih rendah semalam, disebabkan penurunan saham kewangan ekoran semakin meningkatnya jumlah hutang lapuk dan kemerosotan pinjaman, sekali gus menyeret turun indeks utama ke lingkungan negatif.

Peniaga berkata, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) susut 2.97 mata atau 0.346 peratus kepada 855.25 selepas dibuka 0.39 lebih rendah pada 857.83. Mereka berkata, kebimbangan berterusan mengenai ekonomi menjejaskan sentimen pasaran, terutama terhadap sektor kewangan.

Kata mereka, arah aliran menurun itu sejajar sentimen serantau selepas kejatuhan di Wall Street kelmarin. Seorang penganalisis berkata, unjuran Bank Dunia bahawa ekonomi global akan menguncup buat kali pertama sejak Perang Dunia Kedua dan perdagangan mungkin merudum ke paras terendah tahun ini, menghakis sentimen pelabur.

Bagaimanapun, pakej rangsangan kedua yang dibentangkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak lewat petang semalam dijangka membantu pasaran meningkatkan prestasi.
Najib mengumumkan pakej bernilai RM60 bilion bagi memacu kegiatan ekonomi dan membantu membendung ekonomi daripada terjerumus ke dalam kancah kemelesetan.

Pada akhir dagangan semalam, Indeks Perusahaan turun 1.43 mata kepada 2,056.85, Indeks Kewangan jatuh 129.61 mata kepada 6,362.45, manakala Indeks Perladangan meningkat 41.61 mata kepada 4,396.52.

FBMEmas susut 32.63 mata kepada 5,565.81, FBM30 turun 26.2 mata kepada 5,472.44, FBMMesdaq mengukuh 30.55 mata kepada 3,065.20 dan FBM2BRD susut 26.49 mata kepada 3,917.17.

Saham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 319 berbanding 171, manakala 183 kaunter tidak berubah, 572 tidak diniagakan dan 31 yang lain digantung urus niaga.

dagangan bertambah kepada 372.025 juta saham bernilai RM785.163 juta berbanding 282.249 juta saham bernilai RM469.576 juta Jumaat lalu. Saham kewangan, Public Bank jatuh 50 sen kepada RM7.50 selepas CLSAAsia-Pacific Markets menurunkan penarafan bank itu dengan memberikan sebab kedudukan modal yang lemah dan nilainya yang tidak menarik.

Hong Leong turun 14 sen kepada RM4.42, BIMB Holdings susut 1.5 sen kepada 80.5 dan AMMB Holdings rugi dua sen kepada RM2.43. Jumlah dagangan di Papan Utama bertambah kepada 332.678 juta saham bernilai RM778.423 juta daripada 238.531 juta saham bernilai RM461.926 juta pada penutup Jumaat lalu.

Di Papan Kedua, jumlah dagangan meningkat kepada 19.359 juta saham bernilai RM4.348 juta daripada 17.454 juta saham bernilai RM4.223 juta sebelumnya. Pasaran Mesdaq menyaksikan penyusutan jumlah dagangan kepada 7.923 juta saham bernilai RM1.624 juta daripada 12.374 juta saham bernilai RM2.245 juta.

Waran berkurangan kepada 11.163 juta saham bernilai RM551,619 daripada 12.447 juta saham bernilai RM757,511 sebelumnya. Bagi saham cergas, MRCB mengukuh 1.5 sen kepada 83 sen, manakala KNM danTelekom tidak berubah, masing-masing pada 36.5 sen dan RM3.50.

Di kalangan saham berwajaran tinggi, Sime Darby naik lima sen kepada RM5.55, Tenaga meningkat 10 sen kepada RM6.20, TMI turun lima sen kepada RM5.50, dan YTLCorp menokok lima sen kepada RM6.95.

Sektor barangan pengguna menguasai 11.911 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 34.562 juta, pembinaan 60.529 juta, perdagangan/perkhidmatan 117.968 juta, teknologi 5.326 juta, prasarana 123.878 juta, kewangan 46.905 juta, hotel 1.127 juta, harta 23.962 juta, perladangan 15.940 juta, perlombongan tiada, REIT 548,000 dan dana tertutup 19,100. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers