March 13, 2009

Malaysia mahu bentuk model ekonomi baru

MALAYSIA akan mengambil kesempatan daripada krisis ekonomi semasa untuk membentuk sebuah ‘model ekonomi baru’ yang lebih menumpukan kepada sektor perkhidmatan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, sasarannya adalah untuk meningkatkan sumbangan sektor perkhidmatan kepada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada 70 peratus daripada 54 peratus ketika ini, dalam usaha membentuk sebuah ‘ekonomi berasaskan pengetahuan’ yang kurang bergantung kepada eksport barang perkilangan.

Ini adalah sebahagian daripada pembaharuan dalam ekonomi Malaysia. Sektor perkhidmatan menawarkan peluang besar untuk pertumbuhan,” katanya dalam temubual dengan akhbar perniagaan Financial Times yang diterbitkan semalam.

Najib berkata, Malaysia adalah antara negara yang amat bergantung kepada perdagangan luar dan kemelesetan ekonomi global ketika ini mendedahkan bertapa perlu negara membuat perubahan struktur ekonominya.

Eksport sektor pembuatan kini merangkumi 72.5 peratus daripada jumlah eksport negara berbanding 14.8 peratus sektor perkhidmatan. Dalam temu bual itu, Najib menegaskan, sektor perkhidmatan kewangan Islam dikenal pasti bidang penting bagi pertumbuhan.

Malaysia mempunyai pasaran bon Islam atau sukuk terbesar di dunia apabila minat terhadap kewangan Islam berkembang sebagai alternatif kepada model kewangan kapitalis Barat. Kerajaan juga mahu mengembangkan lagi sektor perkhidmatannya seperti dalam penjagaan kesihatan dengan menarik lebih ramai pesakit dari luar mendapatkan rawatan di negara ini.

Najib berkata, Malaysia juga berharap memberikan lebih tumpuan kepada sektor pembuatan yang dapat memberikan nilai di tambah tinggi dalam bidang elektronik, bioteknologi dan teknologi mesra alam. “Malaysia tidak lagi boleh bergantung kepada faktor buruh yang murah sebagai asas kepada sektor pembuatannya,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia bercadang mengurangkan pergantungannya kepada pasaran tradisinya di Barat seperti Amerika Syarikat (AS) dengan meningkatkan hubungan perdagangan dengan negara Asia Tenggara, India, negara Asia Barat dan China.

Najib dalam temu bual itu turut berkata, beliau menyokong langkah membuat pembaharuan sedikit demi sedikit terhadap dasar kerajaan berhubung keistimewaan orang Melayu bagi membantu menyokong penyusunan semula ekonomi.

“Kita mesti menerima dasar yang dibuat bersesuaian dengan perubahan keadaan semasa, namun kita tidak boleh melakukannya dengan terlalu drastik selagi orang belum bersedia menerimanya,” katanya.

Najib menegaskan, keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu menerusi pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah meningkatkan taraf hidup golongan majoriti tetapi beliau mengakui ada beberapa kesilapan dalam pelaksanaannya.

Katanya, beliau lebih suka jika pelaksanaan dasar itu dibuat mengikut dasar asal yang diperkenalkan Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak yang bertujuan meningkatkan taraf hidup semua rakyat miskin negara ini, bukan bangsa Melayu semata-mata.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers