March 15, 2009

BNM DiJangka Turunkan Lagi OPR Sebanyak 50 Mata Asas

KUALA LUMPUR 13 Mac - Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka terus menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR), penanda aras utama kadar faedah, sehingga 50 mata asas antara tempoh tiga hingga enam bulan lagi.

Felo Penyelidikan Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr. Foong Kee Kuan berkata, penurunan itu terpaksa dibuat berikutan faktor luaran, iaitu perkembangan ekonomi global yang kian meruncing.

Kee Kuan berkata, penurunan OPR itu wajar dilakukan berikutan nilai ringgit yang meningkat akan menjejaskan pasaran eksport, pengeluaran dan pelaburan memandangkan kesemua urus niaga dilakukan dalam dolar Amerika Syarikat (AS).

Katanya, bank pusat mungkin menurunkan OPR sebanyak 50 mata asas kepada 1.5 peratus.
''Penurunan OPR sangat penting ketika ini bagi memulihkan keyakinan dan menggalakkan perbelanjaan domestik selain menggerakkan ekonomi negara," katanya kepada pemberita selepas dialog mengenai tahap kecairan industri kewangan, di sini hari ini.

Turut hadir pada dialog itu ialah Pengerusi Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia, Datuk Seri Abdul Hamidy Abdul Hafiz; Ketua Penyelidik Kumpulan RAM Holdings Bhd., Dr. Yeah Kim Leng dan Ketua Penyelidikan Ekonomi Serantau, Asia Tenggara Standard Chartered Bank, Tai Cheng Hui.

Kee Kuan berkata, ekonomi negara mungkin tidak menerima impak kelembapan yang ketara sekiranya pengawal aturan diperkukuhkan.
''Jika negara menghadapi krisis seumpama ini pada masa akan datang, kedudukan ekonomi tidak akan mudah terjejas," katanya.
Namun, beliau menjangka pemulihan sepenuhnya ekonomi hanya akan berlaku dalam tempoh lima tahun lagi.

Dalam perkembangan yang sama, Cheng Hui berkata, pelaksanaan awal pakej rangsangan ekonomi kedua boleh dilihat pada hujung tahun ini.
''Rantau Asia akan mengalami pertumbuhan sederhana yang membabitkan satu angka rendah. Pertumbuhan antara empat hingga enam peratus yang dicatat sebelum ini hanya mampu kembali beberapa tahun akan datang," jelasnya.

Sementara itu, Kim Leng percaya ekonomi negara akan bergerak pada suku pertama atau kedua manakala permintaan bertambah stabil pada separuh kedua, tahun depan.
Katanya, negara-negara berorientasikan eksport di Asia termasuk Malaysia lebih optimis berbanding negara-negara lain yang mengalami kemelesetan ekonomi.

''Kadar pemulihan ekonomi mungkin akan dilanjutkan antara tiga hingga lima tahun bagi membaiki sistem kewangan dan mencatat semula pertumbuhan antara lima hingga enam peratus di Malaysia manakala tiga hingga empat peratus di Amerika Syarikat.
''Yang penting ialah memanfaatkan kecairan sedia ada dan bank akan terus berbelanja dan melabur," ujarnya.

Bagaimanapun menurut Abdul Hamidy, jangkaan terhadap pemulihan ekonomi tidak boleh dikenalpasti lagi sehingga negara mengalami impak sepenuhnya.
''Ini kerana, krisis kewangan Asia tahun 1998 yang menyaksikan pemulihan berlaku antara dua hingga tiga tahun berbeza dengan senario yang dihadapi sekarang.

''Negara belum berdepan dengan kesan sepenuhnya tetapi ada kemungkinan ekonomi akan pulih
selepas tahun 2010 apabila pakej rangsangan dilaksanakan kesemuanya," kata beliau.
Menurut beliau, ekonomi negara akan pulih lebih cepat berbanding negara lain memandangkan Malaysia mempunyai kelebihan iaitu infrastruktur teguh dan pengalaman daripada krisis kewangan 10 tahun lalu.

''Kami memiliki sistem kewangan yang kukuh dan sebarang pertumbuhan adalah baik sama ada kecil atau besar. Yang penting ialah persediaan untuk menghadapi cabaran sebenar," katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers