March 18, 2009

Harga saham meningkat sedikit

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit semalam dengan belian terpilih saham wajaran tinggi terutama Sime Darby, IOI Corp dan Public Bank. Penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) mengakhiri sesi dagangan semalam dengan naik 0.99 mata pada 841.87 selepas dibuka 1.75 mata lebih tinggi pada 842.63 pada sebelah pagi. KLCI bergerak antara 840.38 hingga 846.56 semasa sesi dagangan semalam.

Menurut peniaga, sebahagian keuntungan semalam disebabkan oleh beberapa kegiatan mencari keuntungan dan aktiviti membeli semasa saham berharga murah membabitkan saham perladangan terpilih. “Pasaran dijangka terus lembap dengan ketiadaan petunjuk positif,” kata OSK dalam nota penyelidikan semalam.

Semasa ditutup, Indeks Kewangan meningkat 25.30 mata kepada 6,168.50 dan Indeks Perusahaan naik 10.90 mata kepada 2,052.74 tetapi Indeks Perladangan turun 1.79 mata kepada 4,373.63.

Bagi siri Indeks FTSE-BM, FBMEmas naik 17.03 mata kepada 5,467.54, manakala FBM30 menokok 18.57 mata kepada 5,367.26 dan the FBM2BRD menambah 12.59 mata pada 3,834.0 tetapi FBM-MDQ susut 22.62 mata kepada 2,996.04.

Saham untung mengatasi saham rugi pada 241 berbanding 213, manakala 223 kaunter tidak berubah, 566 tidak didagangkan dan 31 yang lain digantung. Jumlah dagangan semalam meningkat kepada 333.006 juta saham bernilai RM579.567 juta daripada kelmarin pada 272.445 juta saham bernilai RM462.166 juta.

Jumlah dagangan di Papan Utama naik kepada 289.652 juta saham bernilai RM56.983 juta daripada semalam pada 222.199 juta saham bernilai RM453.493 juta.

Di Papan Kedua, jumlah dagangan lebih tinggi pada 21.886 juta saham bernilai RM4.786 juta berbanding 20.488 juta saham bernilai RM4.267 juta sebelumnya. Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq berkurangan kepada 12.090 juta saham bernilai RM4.140 juta daripada 13.779 juta saham bernilai RM3.481 juta kelmarin.

Waran turun kepada 8.692 juta saham bernilai RM637,881 daripada 15.481 juta saham bernilai RM829,400 sebelumnya. Antara saham aktif, KNM meningkat dua sen kepada 34.5 sen, Resorts kekal pada RM1.92 manakala TMI turun 10 sen kepada RM2.18.

Bagi saham wajaran tinggi, Sime Darby ditutup 15 sen lebih tinggi pada RM5.55, Tenaga Nasional naik lima sen kepada RM5.95, Maybank menokok empat sen kepada RM4.02 dan TM jatuh dua sen kepada RM3.50.

Mengikut sektor, barangan pengguna menguasai 13.440 juta saham yang didagangkan Papan Utama, barangan perusahaan 47.396 juta, pembinaan 35.145 juta, dagangan/perkhidmatan 114.125 juta, teknologi 3.217 juta, infrastruktur 8.537 juta, kewangan 32.879 juta, hotel 511,000, hartanah 24.306 juta, perladangan 8.376 juta, perlombongan tiada, REIT 1.639 juta, dan tertutup/dana 81,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers