March 17, 2009

Pelabur jual saham wajaran berat

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah semalam apabila pelabur menjual pegangan mereka dalam saham wajaran berat terpilih berikutan kebimbangan akan senario ekonomi global yang suram.

Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) ditutup 2.57 mata lebih rendah kepada 840.88 ekoran penurunan saham berkaitan perladangan dan kewangan. Ia dibuka 0.21 mata lebih tinggi pada 843.66 berbanding 843.45 pada Jumaat minggu lalu. KLCI bergerak antara 839.47 dan 846.29 semasa dagangan semalam.

"Kami terus berhati-hati dengan pasaran tempatan meskipun pantulan semula yang baik bagi pasaran AS minggu ini. Pelabur di bursa tempatan harus terus mengguna pakai strategi “Jual semasa Rali”," kata Aseambanker dalam nota penyelidikannya.

Jualan asing boleh mengehadkan pendapatan bursa tempatan, kata Aseambanker, sambil menambah ia menjangkakan sentimen lemah bagi KLCI dan niaga hadapan KLCI minggu ini dengan ketiadaan petunjuk baru untuk memacu pasaran tempatan.

Indeks Kewangan meningkat 2.19 mata kepada 6,143.20, Indeks Perusahaan turun 0.77 mata kepada 2,041.84 manakala Indeks Perladangan berkurangan 39.41 mata kepada 4,375.42.
Bagi siri Indeks FTSE-BM, FBMEmas turun 23.31 mata kepada 5,450.51, FBM30 susut 32.87 mata kepada 5,348.69 manakala FBM2BRD naik 17.19 mata kepada 3,830.41 dan FBM-MDQ menokok 101.19 mata kepada 3,018.66.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 223 berbanding 178 manakala 215 kaunter tidak berubah, 627 tidak diniagakan dan 31 yang lain digantung. Jumlah dagangan turun kepada 272.445 juta saham bernilai RM462.166 juta daripada 301.097 juta saham bernilai RM487.042 juta. Jumlah dagangan di Papan Utama turun kepada 222.199 juta saham bernilai RM453.493 juta daripada 259.213 juta saham bernilai RM478.889 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Papan Kedua meningkat kepada 20.488 juta saham bernilai RM4.267 juta daripada 17.331 juta saham bernilai RM4.419 juta sebelumnya. Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq naik sedikit kepada 13.779 juta saham bernilai RM3.481 juta daripada 13.731 juta saham bernilai RM2.737 juta Jumaat minggu lalu.

Waran menokok kepada 15.481 juta saham bernilai RM829,400 daripada 10.112 juta bernilai RM611,628 sebelumnya. Di kalangan kaunter cergas, Resorts turun satu sen kepada RM1.92, KNM susut setengah sen kepada 32.5 sen manakala Compugates tidak berubah pada 15.5 sen.

Bagi saham wajaran berat, Sime Darby ditutup tidak berubah pada RM5.40, Maybank turun dua sen kepada RM3.98, Tenaga susut 25 sen kepada RM5.90 manakala TM meningkat empat sen kepada RM3.52.

Mengikut sektor, barangan pengguna menyumbang 10.444 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 24.718 juta, pembinaan 23.627 juta, perdagangan/ perkhidmatan 107.852 juta, teknologi 3.044 juta, prasarana 5.038 juta, kewangan 19.551 juta, hotel 1.273 juta, hartanah 15.881 juta, perladangan 9.704 juta, perlombongan sifar, REITs 1.047 juta, dan dana tertutup 10,100. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers