March 25, 2009

Tinjauan pasaran: Sentimen pasaran masih kukuh

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur semalam, apabila pelabur mengambil keuntungan selepas kenaikan mendadak kelmarin. Pada akhir dagangan, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) turun 0.38 mata kepada 877.92 selepas dibuka 11.84 mata lebih tinggi pada 890.14.

Peniaga berkata, sentimen pasaran masih kukuh dalam tempoh jangka pendek berikutan aktiviti memperbaiki akaun menjelang Perhimpunan Agung Umno.

Katanya, pasaran bermula semalam dengan kukuh menjejaki kenaikan kelmarin di Wall Street dan kekukuhan pasaran serantau. Indeks Perusahaan turun 9.48 mata untuk ditutup kepada 2,106.71 tapi Indeks Perladangan meningkat 63.43 mata kepada 4,590.39 manakala Indeks Kewangan menokok 4.46 mata kepada 6,539.

FBMEmas naik 1.89 mata kepada 5,727.53 manakala FBM30 meningkat 7.60 mata kepada 5,638.27. Namun, FBM2BRD jatuh 4.65 mata kepada 3,900.49 dan FBMMesdaq berkurangan 28.71 mata kepada 2,958.47.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 275 berbanding 239 manakala 194 kaunter tidak berubah, 537 tidak diniagakan dan 36 yang lain digantung. Jumlah dagangan meningkat kepada 671.531 juta saham bernilai RM1.039 bilion berbanding 642.395 juta saham bernilai RM921.555 juta kelmarin.

Bagi kaunter cergas, KNM Group tidak berubah pada 39.5 sen, Resorts World naik dua sen kepada RM1.99 manakala IOI Corp meningkat 10 sen kepada RM4.00. Genting naik enam sen kepada RM3.66, Zelan menambah satu sen kepada 59 sen manakala UEM Land susut 1.5 sen kepada 73.5 sen.

Bagi saham wajaran berat, Sime Darby dan Tenaga Nasional turun lima sen masing-masing kepada RM5.80 dan RM6.20, manakala Bumiputra-Commerce naik 25 sen kepada RM6.80.
Maybank berkurangan 18 sen kepada RM4.40 manakala MISC naik lima sen kepada RM8.40.

Jumlah dagangan di Papan Utama meningkat kepada 594.780 juta saham bernilai RM1.027 bilion daripada 577.280 juta saham bernilai RM909.091 juta kelmarin. Bagaimanapun, jumlah dagangan di Papan Kedua turun kepada 29.541 juta saham bernilai RM7.662 juta berbanding 333.535 juta saham bernilai RM8.131 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq menokok kepada 26.195 juta saham bernilai RM3.312 juta berbanding 12.458 juta saham bernilai RM2.733 juta kelmarin. Waran meningkat kepada 20.438 juta saham bernilai RM1.575 juta berbanding 18.834 juta saham bernilai RM1.471 juta sebelumnya.

Mengikut sektor, barangan pengguna menyumbang 28.933 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 120.821 juta, pembinaan 66.170 juta, perdagangan/perkhidmatan 206.916 juta, teknologi 12.072 juta, prasarana 7.115 juta, kewangan 55.804 juta, hotel 4.843 juta, harta 61.475 juta, perladangan 29.455 juta, perlombongan sifar, REITs 938,200 dan dana tertutup 240,000. – Bernama.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers