March 27, 2009

Harga saham ditutup tinggi

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi semalam, mendapat rangsangan daripada prestasi kukuh di Wall Street semalaman dan pasaran Asia lain. Pada penutup semalam, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) naik 6.66 mata kepada 885.47 selepas dibuka 0.84 mata lebih rendah pada 877.97.

Pasaran serantau mencatatkan kenaikan kukuh semalam dengan Indeks Hang Seng naik 486.87 mata untuk ditutup kepada 14,108.98, manakala Indeks Nikkei meningkat 156.34 mata kepada 8,636.33. Indeks Kospi menokok 14.78 mata kepada 1,243.8, manakala Indeks Straits Times menambah 67.11 mata kepada 1,758.79.

Peniaga berkata, pasaran Asia meningkat berikutan keyakinan bahawa ekonomi Amerika Syarikat (AS) menunjukkan petanda pemulihan susulan laporan pertumbuhan yang tidak dijangka dalam pesanan barangan tahan lama dan jualan rumah baru di AS.

Kerajaan AS kelmarin melaporkan kenaikan 3.4 peratus dalam permintaan bagi produk tahan lama pada Februari dan peningkatan 4.7 peratus dalam pembelian rumah baru. Di Bursa Malaysia, Indeks Perusahaan naik 4.88 mata untuk ditutup kepada 2,130.50, Indeks Perladangan menokok 19.83 mata kepada 4,583.22, manakala Indeks Kewangan menambah 47.25 mata kepada 6,587.88.

FBMEmas meningkat 57.24 mata kepada 5,780.49, FBM30 menambah 49.46 mata kepada 5,679.50, FBM2BRD menokok 28.23 mata kepada 3,915.23, manakala FBMMesdaq melonjak 82.38 mata kepada 3,028.69.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 339 berbanding 127, manakala 203 kaunter tidak berubah, 601 tidak diniagakan dan 58 yang lain digantung. Jumlah dagangan meningkat 568.906 juta saham bernilai RM881.001 juta berbanding 362.985 juta saham bernilai RM671.500 juta kelmarin.

Seorang peniaga berkata, KLCI dibuka semalam dalam kawasan negatif tetapi selepas 45 minit dagangan, ia mula meningkat dan bergerak seiring dengan pesaing serantaunya.

Menurut peniaga, belian berterusan dalam saham mewah terpilih melonjakkan indeks utama lebih tinggi. Beliau berkata, sentimen pasaran masih kukuh dalam jangka pendek dirangsang daripada keputusan positif yang berlaku dalam Perhimpunan Agung Umno.

Pada mesyuarat tahunan semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diisytiharkan secara rasmi sebagai Presiden Umno. Di kaunter cergas, KNM Group naik 1.5 sen kepada 41.5 sen, Resorts World menokok 14 sen kepada RM2.19 dan Gamuda menambah lapan sen kepada RM2.03.

Compugates Holdings meningkat setengah sen kepada 14.5 sen, MRCB naik 4.5 sen kepada 89.5 sen manakala Scomi menambah tiga sen kepada 35.5 sen. Di kalangan saham wajaran berat, Sime Darby susut lima sen kepada RM5.80, manakala Tenaga dan Bumiputra-Commerce kedua-duanya tidak berubah masing-masing kepada RM6.10 dan RM7.00. IOI Corp naik dua sen kepada RM3.98, MISC meningkat 10 sen kepada RM8.60 manakala Maybank menokok 12 sen kepada RM4.38.

Jumlah dagangan di Papan Utama meningkat kepada 518.273 juta saham bernilai RM873.310 juta daripada 313.382 juta saham bernilai RM663.430 juta kelmarin. Jumlah dagangan di Papan Kedua turun kepada 11.612 juta saham bernilai RM3.765 juta daripada 14.895 juta saham bernilai RM4.613 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq juga turun kepada 10.729 juta saham bernilai RM1.927 juta berbanding 21.064 juta saham bernilai RM2.464 juta kelmarin. Waran menokok 26.243 juta unit bernilai RM1.685 juta daripada 13.396 juta unit bernilai RM935,516 sebelumnya.

Mengikut sektor, barangan pengguna menyumbang 16.113 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 100.440 juta, pembinaan 76.927 juta, perdagangan/perkhidmatan 189.069 juta, teknologi 6.603 juta, prasarana 9.985 juta, kewangan 37.560 juta, hotel 6.784 juta, harta 58.515 juta, perladangan 14.730 juta, perlombongan 1,000, REITs 1.529 dan dana tertutup 18,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers