March 30, 2009

Aktiviti Window Dressing Jadi Pemangkin Utama Pacu Pasaran

KUALA LUMPUR 29 Mac - Harga-harga saham di Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam dagangan positif minggu ini dengan sokongan belian berterusan dalam saham-saham terpilih, kata para peniaga.Mereka berkata, sentimen pasaran kekal kukuh, dirangsang oleh keputusan positif daripada Perhimpunan Agung UMNO mengenai barisan baru parti pimpinan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara rasminya diumumkan sebagai Presiden baru UMNO dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Beliau berkata aktiviti-aktiviti window dressing untuk tempoh sukuan diramal turut menjadi pemangkin utama dalam memacu pergerakan bursa tempatan minggu ini.
Bagaimanapun, peniaga itu berkata, keuntungan mungkin terkekang kerana sebarang trend menaik di Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) akan menarik aktiviti-aktiviti pengambilan untung.

"Prestasi di Wall Street dan pasaran-pasaran serantau akan turut mempengaruhi prestasi di pasaran saham tempatan," tambah beliau.
Dalam minggu urus niaga, bursa tempatan diniagakan tinggi pada hari Isnin dengan IKKL ditutup pada 878.30, mengukuh 21.48 mata daripada penutup Jumaat lepas.

Bagaimanapun, pasaran mengakhiri minggu urus niaga bercampur-campur dengan para pelabur menunaikan keuntungan mereka di celah-celah persekitaran pelaburan yang tidak menentu.
Berdasarkan perbandingan Jumaat-Jumaat, IKKL ditutup pada 885.43, naik 28.61 mata berbanding dengan minggu sebelumnya 856.82.

Indeks Kewangan menokok 277.26 mata kepada 6,586.57, Indeks Perladangan naik 247.23 mata kepada 4,601.41 dan Indeks Perindustrian mengukuh 60.66 mata kepada 2,133.23.
Indeks FBMEmas lebih tinggi 209.96 mata kepada 5,779.98, Indeks FBM30 meningkat 211.48 mata kepada 5,689.17, FBM2BRD menambah 164.87 mata kepada 3,903.05 dan FBM-MDQ naik 74.60 mata kepada 3,027.74.

Jumlah dagangan untuk minggu lalu mengukuh kepada 2.701 bilion saham bernilai RM4.163 bilion berbanding 1.564 bilion saham bernilai RM2.627 bilion Jumaat sebelumnya.
Jumlah dagangan di Papan Utama meningkat kepada 2.399 bilion saham bernilai RM4.113 bilion daripada 1.344 bilion unit bernilai RM2.582 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan di Papan Kedua lebih tinggi pada 408.707 juta saham bernilai RM28.649 juta berbanding 99.112 juta saham bernilai RM21.821 juta Jumaat sebelumnya.
Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq menokok kepada 80.100 juta saham bernilai RM12.938 juta berbanding 60.625 juta saham bernilai RM17.736 juta minggu sebelumnya.

Waran-waran pula meningkat kepada 105.119 juta saham bernilai RM7.665 juta daripada 58.346 juta unit bernilai RM4.492 juta sebelumnya. - BERNAMA

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers