March 26, 2009

Indeks utama di wilayah positif

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur semalam dengan indeks utamanya berjaya mengakhiri hari urus niaga dalam 'wilayah positif' disokong oleh belian minit akhir ke atas saham mewah.

Pada penutup, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) susut 0.89 mata kepada 878.81 selepas dibuka 2.93 mata lebih rendah pada 874.99. Peniaga berkata, yang pasaran memulakan hari urus niaga dalam 'wilayah negatif' dengan pelabur mengurangkan pegangan mereka ekoran kejatuhan semalaman di Wall Street.

Bagaimanapun, mereka berkata yang sentimen pasaran kekal positif dirangsang oleh Perhimpunan Agung Umno yang berlangsung pada masa ini dan kebiasaannya akan menyediakan beberapa berita positif untuk merancakkan pasaran.

"Kegiatan pengambilan untung dilihat pada saham berkaitan perladangan dan perbankan pada sebelah pagi. Bagaimanapun, belian minit akhir telah menolak KLCI untuk ditutup pada 'wilayah positif'," katanya. Indeks perindustrian meningkat 18.91 mata untuk ditutup pada 2,125.62 dan Indeks Kewangan menokok 1.55 mata kepada 6,540.63.

Indeks Perladangan, bagaimanapun, susut 27.00 mata kepada 4,563.39. Indeks FBMEmas turun 4.28 mata kepada 5,723.25, Indeks FBM30 lebih rendah 8.23 mata kepada 5,630.04, Indeks FBM2BRD lega 13.49 mata kepada 3,887.00 dan Indeks FBMMesdaq berkurangan 12.16 mata kepada 2,946.31.

Saham rugi mengatasi saham untung dengan 246 berbalas 200 sementara 203 kaunter tidak berubah, 621 tidak diniagakan dan 58 yang lain digantung. Jumlah dagangan susut kepada 362.985 juta saham bernilai RM671.500 juta daripada 671.531 juta saham bernilai RM1.039 bilion kelmarin.

Di kalangan saham aktif, TM International jatuh 32 sen kepada RM2.29 selepas ia mengumumkan harga terbitan hak. Resorts World, naik enam sen kepada RM2.05 dan KNM Group mengukuh setengah sen kepada 40 sen.

Sealink International menambah 2.5 sen kepada 39.0 sen. Asia Bioenergy Tech turun 1.5 sen kepada 8.5 sen. Di kalangan saham berwajaran berat, Sime Darby menambah lima sen kepada RM5.85, Tenaga merosot 10 sen kepada RM6.10 dan IOI Corp lega empat sen kepada RM3.96. Bumiputra-Commerce meningkat 20 sen kepada RM7.00 dan MISC lebih tinggi 10 sen kepada RM8.50.

Jumlah dagangan di Papan Utama turun kepada 313.382 juta saham bernilai RM663.430 juta daripada 594.780 juta saham bernilai RM1.027 bilion kelmarin. Jumlah dagangan di Papan Kedua merosot kepada 14.895 juta unit bernilai pada RM4.613 juta unit daripada 29.541 juta unit bernilai RM7.662 juta kelmarin.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq lebih rendah kepada 21.064 juta saham bernilai RM2.464 juta daripada 26.195 juta saham bernilai RM3.312 juta sebelumnya. Waran lega kepada 13.396 juta unit bernilai RM935,516 daripada 20.438 juta unit bernilai RM1.575 juta kelmarin.

Berdasarkan sektor, produk pengguna menguasai 12.112 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 63.195 juta, pembinaan 24.610 juta, urus niaga/perkhidmatan 131.038 juta, teknologi 8.053 juta, infrastruktur 6.499 juta, kewangan 30.426 juta, perhotelan 4.906 juta, hartanah 17.673 juta, perladangan 12.966 juta, perlombongan sifar, REITs 1.889 dan dana tertutup 14,900. – Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers