March 23, 2009

KLCI diunjur kekal aliran meningkat

RALI lemah yang berterusan di pasaran Amerika Syarikat (AS) minggu lalu disokong keputusan Rizab Persekutuan membeli lebih AS$1 trilion bon untuk mengurangkan kos pinjaman dan meningkatkan pemberian pinjaman sebagai usaha mengurangkan tekanan ekonomi, membantu menaikkan harga saham di Asia.

Ia turut membantu menyekat penurunan dalam Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) yang mengalami penurunan sejak empat minggu sebelumnya. Pada akhir dagangan minggu lalu, KLCI meningkat 13.37 mata atau 1.6 peratus kepada 856.82 mata, dengan dagangan dan nilai harian masing-masing pada purata 312.8 juta saham dan RM525.3 juta, berbanding 350.1 juta saham dan RM602.5 juta pada minggu sebelumnya.

Dagangan minggu lalu juga jelas menunjukkan wujud minat besar terhadap saham berasaskan komoditi apabila pelabur melihat saham berkenaan sebagai pelindung nilai daripada inflasi dan kelemahan nilai dolar AS.

Ketika kerajaan AS meneruskan usaha kuantitatif dengan meningkatkan bekalan wang dalam pasaran bagi membantu syarikat dan pengguna menerusi penyaluran dana bertrilion dolar untuk menggerakkan ekonominya, wujud kebimbangan keupayaan negara itu untuk mengawal dasar kewangan secara berkesan apabila permintaan pulih kembali.

Bagaimanapun, muncul minat perlahan-lahan terhadap komoditi dan nampaknya kebimbangan mengenai deflasi semakin berkurangan ketika ini.

Di Bursa Malaysia, KLCI dijangka meneruskan aliran meningkat awal minggu ini, namun kenaikan itu mungkin boleh tergugat oleh perangkaan ekonomi AS yang lemah daripada dijangkakan.

Sentimen positif di pasaran tempatan mungkin bertahan menjelang pemilihan Umno minggu ini dan mencambahkan minat terhadap syarikat seperti UEM, MRCB, KUB dan Kencana Petroleum.

Saham minyak dan gas yang berada jauh di bawah nilai pula, mungkin akan mencatat pemulihan apabila harga minyak mentah cuba untuk stabil sekitar AS$50 setong. Jangkaan nilai dolar akan semakin lemah pula mungkin perlahan-lahan akan meningkatkan harga minyak dan kemungkinan harga akan meningkat sekitar AS$60 setong seawal Jun ini, dan paras harga ini akan memberi manfaat kepada saham berkaitan minyak sawit mentah.

Justeru, kekalkan keyakinan terhadap saham berkaitan minyak dan gas serta saham perladangan. Di pasaran tempatan minggu ini, tiada pengumuman utama dijangkakan. Namun, data penting mengenai jualan rumah, tempahan barangan, penggunaan peribadi dan inflasi teras di AS akan diumumkan.

Kebanyakan menjangkakan keseluruhan perangkaan yang lemah dan harapan tinggi juga diletakkan terhadap pelan akhir pentadbiran Presiden AS Barack Obama untuk mengalihkan aset bermasalah daripada akaun bank tempatan yang dijangka diumum awal minggu ini.

Isyarat aliran saham di pasaran tempatan menunjukkan momentum teknikal bagi KLCI yang dijangka mencatatkan aliran lebih baik berikutan pemulihan yang dicatat minggu lalu. Jika pasaran luar stabil yang memberikan petunjuk pergerakan yang kukuh diterajui saham AS, pelabur boleh mengharapkan berlaku lebih banyak kenaikan minggu ini.

Dari segi potensi kenaikan, pelabur boleh menjangkakan aliran KLCI melepasi catatan Jumaat lalu iaitu melebihi paras rintangan terhampir pada 853 mata. Paras 888 mata ke 890 mata akan bertindak sebagai halangan kenaikan, dengan paras rintangan selanjutnya pada 900 mata.

Dari segi penurunan pula, paras sokongan terhampir disemak semula kepada 846 mata iaitu paras paling rendah Rabu lalu. Paras sokongan ini perlu bertahan untuk mengelakkan risiko penurunan selanjutnya ke arah 820 mata.

Ketika harga saham mampu mencatat kenaikan, pelabur dinasihatkan terus mengambil pendekatan berhati-hati dan menjual pada tahap yang kukuh. , terutama jika aliran nilai dagangan harian gagal mencatat paras separuh bilion.

Ini kerana pembelian pada tahap yang berterusan lemah akan menyebabkan jualan yang berterusan pula. Sementara itu, syarikat berkaitan kerajaan seperti KUB, MRCB dan UEM Land mungkin akan menarik pelaburan ketika pemilihan Umno.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers