March 24, 2009

EKONOMI Bisnes Dunia: Pelan baru AS$500b pulih aset bermasalah

SETIAUSAHA Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Timothy Geithner, mengumumkan program baru bernilai AS$500 bilion bagi memulihkan aset bermasalah bank yang kini menjejaskan sistem kewangan negara itu.

“Sistem kewangan secara keseluruhannya masih bergerak bertentangan dengan proses pemulihan. “Banyak lagi bank yang dibebani keputusan pemberian pinjaman yang lemah masih tidak menyalurkan pinjaman,” katanya dalam sisipan yang disiarkan di The Wall Street Journal.

Jelas beliau, pentadbiran Presiden Barack Obama sudah membangunkan satu program pelaburan awam-swasta yang menyediakan dana bagi membiayai pinjaman bermasalah dan sekuriti yang diterbitkan oleh bank sejak beberapa tahun lalu.

“Program pelaburan awam-swasta itu pada peringkat awal akan menyediakan pembiayaan sebanyak AS$500 bilion dan dari semasa ke semasa akan ditingkatkan kepada AS$1 trilion. “Ini bagi menyelamatkan pinjaman yang sebahagian besarnya berkaitan sektor hartanah diberikan sebelum kemelesetan yang kini ‘menyekat’ sistem kewangan kita,” katanya.

Geithner yang akan mengumumkan pelan berkenaan dan menyediakan maklumat terperinci mengenainya secara rasmi pada sidang media Isnin, juga dilaporkan memberi petunjuk program itu akan mengandungi tiga elemen utama.

Pertama, katanya dana itu akan dibiayai menerusi dana Perbendaharaan AS, Perbadanan Insurans Deposit Persekutuan (FDIC) dan Rizab Persekutuan AS, dengan menggerakkan modal pelabur swasta.

Kedua, dana itu akan memastikan penyertaan sektor swasta yang akan berkongsi risiko bersama kerajaan, dan kerajaan akan berkongsi keuntungan daripada pelaburan berkenaan, justeru dana itu akan dibuka kepada pelbagai jenis pelabur, termasuk pelabur dana pencen.

Ketiga, nilai pinjaman dan sekuriti yang dibeli di bawah program berkenaan akan diwujudkan oleh sektor swasta dengan matlamat untuk memastikan kerajaan tidak terlebih bayar bagi aset yang akan diselamatkan.

“Dari semasa ke semasa, dengan menyediakan pasaran bagi aset berkenaan yang belum wujud, akan membantu meningkatkan nilai aset itu, meningkatkan kapasiti bank untuk memberi pinjaman, dan mengurangkan ketidaktentuan mengenai tahap kerugian imbangan akaun bank,” kata Geithner.

Beliau berkata, keupayaan untuk menjual aset itu kepada dana yang akan ditubuhkan akan memudahkan bank untuk meraih modal swasta, sekali gus mempercepatkan keupayaan menggantikan pelaburan modal disediakan Perbendaharaan. Kenyataan dibuat oleh Geithner itu selepas penilaian optimistik ekonomi AS oleh Obama pada temu ramah televisyen Ahad lalu. - AFP

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers