March 20, 2009

Saham wajaran tinggi raih untung

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur dengan saham berwajaran tinggi mencatatkan keuntungan selepas menerima rangsangan dari rali semalaman di Wall Street, kata peniaga.

Penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) ditutup semalam lebih tinggi sebanyak 4.22 mata kepada 852.18, selepas dibuka meningkat 2.17 mata kepada 850.13. KLCI bergerak antara 853.18 dan 849.21 dalam dagangan semalam.

Seorang peniaga berkata, lonjakan semalaman di Wall Street dicatatkan berikutan pengumuman Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) ia akan menyuntik AS$1 trilion lagi ke dalam ekonomi, yang termasuk AS$300 bilion pembelian instrumen Perbendaharaan jangka panjang.

Hari ini, Bursa Malaysia dijangka meneruskan pergerakan sejajar dengan pergerakan di Wall Street. Pelabur mendapat galakan berikutan pergerakan positif Dow Jones, yang mencatatkan kenaikan 90 mata kelmarin.

Semasa ditutup, Indeks Kewangan meningkat 45.35 mata kepada 6,315.45, Indeks Perusahaan merosot 3.56 mata kepada 2,054.34 dan Indeks Perladangan menokok 9.45 mata kepada 4,386.47.

Di kalangan siri Indeks FTSE-BM, FBMEmas meningkat 25.64 mata kepada 5,541.92, FBM30 menokok 31.20 mata kepada 5,447.09, FBM2BRD meningkat 14.92 mata kepada 3,835.45 dan FBM-MDQ turun 4.78 mata kepada 3,010.48.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 230 kepada 215 manakala 200 kaunter tidak berubah, 597 kaunter tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung. Nilai urus niaga merosot kepada 303.824 juta saham bernilai RM543.544 juta berbanding 343.033 juta saham bernilai RM496.622 juta yang dicatat semalam.

Dagangan di Papan Utama turun kepada 267.394 juta saham bernilai RM534.544 juta daripada 301.672 juta saham bernilai RM487.497 juta sebelum ini.

Dagangan di Papan Kedua dicatatkan rendah kepada 15.831 juta saham bernilai RM3.489 juta berbanding dengan 22.390 juta saham bernilai RM5 juta sebelum ini. Bagaimana pun, dagangan di Pasaran Mesdaq meningkat kepada 14.815 juta saham bernilai RM3.831 juta daripada 10.446 juta saham bernilai RM3.491 juta kelmarin.

Waran merosot kepada 5.397 juta bernilai RM481,185 daripada 8.073 juta bernilai RM537,425 sebelum ini. Antara kaunter aktif, TMI meningkat lapan sen kepada RM2.24, Resorts meningkat tiga sen kepada RM1.93 dan KNM tidak berubah pada harga 35 sen.

Bagi saham berwajaran tinggi, Sime Darby turun lima sen kepada RM5.45, Tenaga Nasional meningkat 15 sen kepada RM6.20, Maybank meningkat 18 sen kepada RM4.26 dan TM turun dua sen kepada RM3.50.

Berasaskan sektor, produk pengguna mencatatkan 13.152 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perusahaan 28.637 juta, pembinaan 16.179 juta, dagang/perkhidmatan 140.056 juta, teknologi 2.957 juta, prasarana 5.391 juta, kewangan 31.887 juta, hotel 784,000, hartanah 19.57 juta, perladangan 7.262 juta, perlombongan tiada, REIT 1.477 juta, dan tertutup/dana 42,500. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers