March 30, 2009

KLCI diramal lalui fasa pembetulan

KENAIKAN saham di Amerika Syarikat (AS) dan pasaran serantau memberi kesan limpahan ke atas Bursa Malaysia yang membantu mengekalkan momentum positif minggu lalu, manakala delegasi Umno memilih calon pilihan mereka untuk menjadi pemimpin utama parti berkenaan.

Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) meningkat 28.6 mata atau 3.3 peratus minggu lalu untuk ditutup pada 885.43, manakala jumlah dan nilai dagangan harian masing-masing meningkat kepada 543.8 juta saham bernilai RM841.5 juta, berbanding purata 312.8 juta saham dan RM525.3 juta minggu sebelumnya.

Seperti dijangka, dua minggu yang baru berakhir terbukti tempoh baik untuk pasaran tempatan apabila KLCI mengukuh semula hampir 42 mata. Sebahagian besar peningkatan itu dikaitkan dengan perkembangan positif di AS yang mana kerajaan melaksanakan tindakan radikal untuk mengeluarkan ekonominya yang dilanda kemelesetan teruk.

Selain pakej rangsangan besar dan kelonggaran terhadap sistem monitori, Kerajaan AS sekarang berusaha ke arah mandat lebih besar untuk mengawal institusi kewangan dengan mewujudkan satu badan pengawasan baru bagi membantunya memantau institusi kewangan yang berdepan risiko dan berkuasa untuk menutup mana-mana institusi bukan kewangan yang mewujudkan ancaman kepada ekonomi yang lebih meluas.

Bulan lalu, data perumahan mula menunjukkan tanda pemulihan dalam pasaran kediaman apabila jualan hartanah kediaman baru dan sedia ada mula meningkat. Peningkatan dalam pendapatan korporat sesetengah syarikat juga membantu pasaran mengatasi penurunan 6.3 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS pada suku keempat.

Bagaimanapun, banyak pertanyaan masih kekal, sama ada apa yang kita saksikan sekarang adalah tanda ekonomi AS sudah pulih daripada kemelesetan atau ia hanya bersifat sementara? Di dalam negara, pemilihan Umno sudah selesai dan pemindahan kuasa daripada Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib Razak akan berlaku selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Khamis ini.

Tiga cabaran penting seterusnya bagi Perdana Menteri baru ialah menerajui pasukannya untuk mencatat kejayaan pada tiga pilihan raya kecil bulan depan, merombak Kabinet serta memastikan pemulihan dan perancangan ekonomi dilaksanakan dengan sebaiknya bagi mengelakkan kesan kemelesetan penuh yang dijangka berlaku tahun ini.

KLCI dijangka menjalani pembetulan minggu ini disebabkan kurang petunjuk baru untuk mendorong indeks berkenaan meningkat lebih tinggi.

Kebimbangan mengenai aktiviti pengambilan untung akan menjadikan minggu ini dilihat sukar untuk mengekalkan kedudukan mudah tunai panjang sehingga ke hujung minggu.

Kesimpulannya, ketika momentum teknikal KLCI meningkat lebih baik selepas kenaikan kukuh sebelumnya, momentum belian lebih lemah minggu ini dijangka membawa kepada kekangan jualan bagi mendorong kenaikan.

Pemilihan Umno yang sudah selesai serta jangkaan berlaku pembetulan ke arah penurunan lagi buat saham AS minggu ini akibat kebimbangan bank negara itu perlu melaporkan kerugian besar derivatif, akan membawa kepada penurunan dan meningkatkan tekanan pengambilan untung minggu ini.

Kejatuhan KLCI di bawah 885 mata akan mendorong kepada kejatuhan lebih rendah daripada tahap rintangan serta merta pada 869 mata. Kejatuhan lebih rendah daripada itu akan menyebabkan kejatuhan lebih teruk ke tahap rintangan berikutnya iaitu 853 mata, manakala tahap terendah yang dicatatkan pada awal Disember lalu iaitu 835 mata akan bertindak sebagai tahap rintangan yang amat baik.

Jika berlaku kenaikan pula, jangkaan rintangan yang kukuh daripada tahap tertinggi minggu lalu iaitu 890 akan membawa kepada kenaikan serta merta, dengan tahap 900 mata mampu bertindak sebagai rintangan psikologi yang baik.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers