March 5, 2009

Dagangan kurang menggalakkan

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit semalam dengan jumlah dagangan kurang menggalakkan dan kebanyakan pelabur pula enggan memasuki pasaran kerana mahu menanti petunjuk baru, kata peniaga.

Penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) susut 1.81 mata untuk ditutup pada 866.93. Ia dibuka 0.38 mata lebih rendah pada 868.36 pagi semalam. Peniaga berkata, kaunter kewangan terus mengheret turun bursa tempatan memandangkan kebanyakan bank dijangka tidak mampu memperlihatkan prestasi baik pada suku kedua di celah meningkatnya hutang lapuk dan pinjaman yang rendah.

Antara kaunter itu ialah Maybank yang susut dua sen kepada RM4.84, Public Bank merosot 20 sen kepada RM8.20 dan Hong Leong Financial lega empat sen kepada RM4.54. Indeks Kewangan pula turun 54.19 mata kepada 6,699.40.

Bagaimanapun, peniaga berkata kerugian seterusnya disekat oleh keuntungan kaunter perladangan di celah laporan yang mengatakan permintaan mungkin meningkat ekoran merosotnya pengeluaran minyak sawit disebabkan banjir.

Indeks Perladangan mengukuh 39.97 mata kepada 4,318.05. Di kalangan kaunter perladangan, IOI Corp naik enam sen kepada RM3.66 dan Kuala Lumpur Kepong menambah 20 sen kepada RM9.90.

Sepanjang sesi urus niaga, KLCI bergerak antara 863.87 dan 870.71. Untuk indeks lain, Indeks Perindustrian merosot 11.34 mata kepada 2,055.30, Indeks FBMEmas kehilangan 11.78 mata kepada 5,671.86, Indeks FBM30 lebih rendah 26.42 mata kepada 5,588.89 dan FBM2BRD 1.0 mata lebih rendah pada 3,953.81.

Indeks FBMMesdaq, bagaimanapun, menokok 87.84 mata kepada 3,121.08. Saham untung mengatasi saham rugi dengan 239 berbalas 232 sementara 205 kaunter tidak berubah, 568 tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung.

Jumlah dagangan semalam ialah 327.192 juta saham bernilai RM539.534 juta, susut daripada 368.989 juta saham bernilai RM624.263 juta kelmarin. Peniaga berkata, dagangan di bursa tempatan terus tidak menentu kerana sentimen pasaran semakin teruk ekoran berita ekonomi tempatan dan luar negara yang lemah.

Mereka menjangkakan tekanan jualan akan berterusan minggu ini berikutan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar yang kurang memberangsangkan iaitu hanya 0.1 peratus pada suku keempat 2008.

Bagaimanapun, peniaga berkata kejatuhan harga saham baru-baru ini mungkin boleh mendorong pengurus dana mendapatkan saham murah, sekali gus mengurangkan kerugian di bursa tempatan.

Peniaga berkata, pelabur tidak sabar-sabar menantikan pelan pakej rangsangan kedua dan langkah kerajaan dalam usaha mengembalikan keyakinan pelabur. Mereka berkata, pakej itu yang dijadual diumumkan pada 10 Mac ini dijangka dapat memberi manfaat kepada syarikat pembinaan.

Pada penutup, jumlah dagangan di Papan Utama merosot kepada 274.894 juta saham bernilai RM529.022 juta daripada 329.610 juta saham bernilai RM615.809 juta pada Selasa.

Bagaimanapun, jumlah dagangan di Papan Kedua menokok kepada 25.203 juta saham bernilai RM6.933 juta daripada 18.466 juta saham bernilai RM5.558 juta sebelumnya. Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq naik kepada 12.727 juta saham bernilai RM2.167 juta daripada 7.768 juta saham bernilai RM1.784 juta sebelumnya.

Waran juga mengukuh kepada 13.375 juta saham bernilai RM961,126 berbanding penutup Selasa 12.054 juta bernilai RM741,565. Kaunter aktif, KNM Group menambah satu sen kepada 37 sen, Compugates mengukuh setengah sen kepada 15.5 sen sementara Resorts World lebih rendah satu sen kepada RM2.04.

Untuk saham mewah, Sime Darby dan Bumiputra-Commerce, kedua-duanya tidak berubah pada RM5.45 dan RM6.50. - Bernama Tenaga Nasional Bhd susut lima sen kepada RM6.25 ekoran terdapatnya kebimbangan yang pendapatan syarikat akan terjejas oleh penurunan tarif elektrik.

Berdasarkan sektoral, produk pengguna menguasai 10.196 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 46.655 juta, pembinaan 34.166 juta, urus niaga/perkhidmatan 103.783 juta, teknologi 4.197 juta, infrastruktur 7.727 juta, kewangan 25.970 juta, perhotelan 729,400, hartanah 29.389 juta, perladangan 10.176 juta, perlombongan 11,200, REITs 1.824 juta dan dana tertutup 67,300. -Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers