March 28, 2009

Bursa DiTutup Bercampur-Campur

KUALA LUMPUR 27 Mac - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini apabila para pelabur menjual pegangan masing-masing selepas harga saham mencatatkan keuntungan, kata para peniaga.

Sehingga jam 5 petang, Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) turun 0.04 mata kepada 885.43 selepas dibuka meningkat 3.15 mata kepada 888.62.

Para peniaga berkata pasaran hari ini dicatat kukuh apabila para pelabur mengambil petunjuk dari kenaikan semalaman di Wall Street dan ditambah pula sentimen posisitf barisan pemimpin Umno yang baru, yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Semasa ditutup, Indeks Perusahaan meningkat 2.73 mata kepada 2,133.23, Indeks Perladangan menokok 18.19 mata kepada 4,601.41 manakala Indeks Kewangan merosot 1.31 mata kepada 6,586.57. Indeks FBMEmas turun 0.51 mata kepada 5,779.98 manakala FBM30 meningkat 9.67 mata kepada 5,689.17.

Bagi indeks lain, FBM2BRD rugi 12.18 mata kepada 3,903.05 dan FBMMesdaq turun 0.95 mata kepada 3,027.74.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 256 kepada 207 manakala 187 kaunter tidak berubah, 620 kaunter tidak diniagakan dan 58 yang lain digantung.
Jumlah dagangan merosot kepada 455.235 juta saham bernilai RM650.051 juta daripada 568.906 juta saham bernilai RM881.001 juta semalam.

Antara saham aktif, KNM Group turun setengah sen kepada 41.0 sen, Advance Synergy tidak berubah pada harga sembilan sen, Resorts World menokok tiga sen kepada RM2.16 dan Gamuda menambah dua sen kepada RM2.05.

Semasa ditutup, Perolehan di Papan Utama merosot kepada 395.638 juta saham bernilai RM640.721 juta berbanding dengan 518.273 juta saham bernilai RM873.310 juta pada Khamis. Perolehan di Papan Kedua meningkat kepada 19.124 juta saham bernilai RM4.479 juta daripada 11.612 juta saham bernilai RM3.765 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq turun kepada 9.755 juta saham bernilai RM2.503 juta berbanding dengan 10.729 juta saham bernilai RM1.927 juta semalam. Waran turun kepada 26,208 juta saham bernilai RM1.998 juta berbanding dengan 26.243 juta bernilai RM1.685 juta sebelum ini.

Berasaskan sektor, produk pengguna mencatatkan 11.996 juta saham diniagakan di Papan Utama, produk perusahaan 88.995 juta, pembinaan 62.534 juta, dagang/perkhidmatan 125.759 juta, teknologi 11.788 juta, prasarana 7.073 juta, kewangan 28.857 juta, hotel 431,500, hartanah 38.651 juta, perladangan 18.284 juta, perlombongan 10,000, REIT 1.216 juta dan tertutup/dana 44,900. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers