March 4, 2009

Tinjauan pasaran: Aktiviti jualan masih berterusan

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah semalam ekoran aktiviti jualan habis-habisan secara berterusan di kebanyakan kaunter, terutama saham kewangan dan perladangan, kata peniaga.

Penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) merosot 7.82 mata untuk ditutup pada 868.74. Ia dibuka 9.35 mata lebih rendah pada 867.21 pagi semalam. Sepanjang sesi urus niaga, KLCI bergerak antara 863.76 dan 869.61.

Peniaga berkata, peserta pasaran masih lagi tidak memasuki pasaran, enggan membuat sebarang langkah terhadap keputusan pelaburan ekoran kekurangan petunjuk baru selepas kerugian besar di Wall Street semalaman, berikutan kebimbangan mengenai satu lagi langkah menyelamatkan American International Group Inc (AIG) oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS).
Harga saham di AS susut ke paras rendah kelmarin untuk tempoh 12 tahun ekoran kerugian sebanyak AS$61.7 bilion yang dicatatkan oleh syarikat gergasi itu (AIG), iaitu kerugian terbesar dalam sejarah korporat AS, sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai betapa terjejasnya sistem kewangan AS.

Di pasaran tempatan, peniaga berkata kelembapan ekonomi global menjejaskan keluaran dalam negara kasar (KDNK), yang menyaksikan pertumbuhan hanya 0.1 peratus pada suku keempat 2008.

Bagi saham kewangan di kalangan saham mewah, Maybank dan Public Bank, masing-masing susut 10 kepada RM4.86 dan RM8.40 sementara Bumiputra-Commerce turun lima sen kepada RM6.50. Indeks Kewangan berkurangan 82.15 mata kepada 6,753.59.

Di kalangan saham berasaskan perladangan, IOI Corp lebih rendah enam sen kepada RM3.60, Kuala Lumpur Kepong merosot 20 sen kepada RM9.70 dan TSH Resources turun tiga sen kepada RM1.35.

Indeks Perladangan lega 50.75 mata kepada 4,278.08. Untuk indeks lain, Indeks Perindustrian merosot 20.82 mata kepada 2,066.64 dan FBMEmas susut 45.26 mata kepada 5,683.64 sementara FBM30 berkurangan 46.26 mata kepada 5,615.31.

Sementara itu, FBMMesdaq kehilangan 33.47 mata kepada 3,033.24, manakala FBM2BRD mengukuh 3.94 mata kepada 3,954.81. Saham rugi mengatasi saham untung dengan 277 berbalas 172 sementara 209 kaunter tidak berubah, 591 tidak diniagakan dan 33 yang lain digantung urus niaga.

Jumlah dagangan semalam adalah 368.989 juta saham bernilai RM624.263 juta, lebih rendah berbanding 427.273 juta saham bernilai RM751.884 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Papan utama susut kepada 329.610 juta saham bernilai RM615.809 juta daripada 375.442 juta saham bernilai RM741.496 juta kelmarin. Jumlah dagangan di Papan Kedua merosot kepada 18.466 juta saham bernilai RM5.558 juta daripada 20.652 juta saham bernilai RM6.036 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq lebih rendah kepada 7.768 juta saham bernilai RM1.784 juta daripada 15.078 juta saham bernilai RM2.630 juta sebelumnya. Waran turun kepada 12.054 juta saham bernilai RM741,565 berbanding 14.515 juta bernilai RM1.330 juta kelmarin.

Di kalangan saham aktif, KNM Group kehilangan setengah sen kepada 36 sen, Resorts World merosot enam sen kepada RM2.05 dan Compugates turut susut satu sen kepada 15 sen. Saham utama, TM International menambah enam sen kepada RM2.75, dirangsang oleh aktiviti belian dana selepas jatuh sehingga sebanyak 9.60 peratus kelmarin.

Saham TM International merosot ke paras rendah baru RM2.72 semalam tatkala syarikat sedang bersedia untuk memuktamadkan harga yang sesuai untuk menjana RM5.25 bilion terbitan hak untuk mengurangkan hutang.

Bagi saham mewah, Sime Darby dan Tenaga Nasional, masing-masing tidak berubah pada RM5.45 dan RM6.30 sementara MISC turun 15 sen kepada RM8.30. Berdasarkan sektor, produk pengguna menguasai 11.071 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 59.610 juta, pembinaan 47.021 juta, urus niaga/perkhidmatan 132.627 juta, teknologi 4.313 juta, infrastruktur 9.518 juta, kewangan 26.269 juta, perhotelan 2.406 juta, hartanah 22.072 juta, perladangan 12.711 juta, perlombongan 6,800, REITs 1.970 juta dan dana tertutup 11,200. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers