March 16, 2009

Tinjauan Pasaran: Saham murah jadi tumpuan

KEKECEWAAN berhubung kekurangan insentif langsung kepada syarikat tersenarai dalam Pakej Rangsangan Kedua berjumlah RM60 bilion bagi tempoh dua tahun yang diumumkan minggu lalu mencetuskan aktiviti jualan dalam kaunter perbankan utama. Ia juga berlaku susulan penurunan unjuran kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi keseluruhan 2009 yang dijangka berpotensi mengehadkan pertumbuhan pinjaman dan peningkatan hutang tidak berbayar (NPL). Kaunter perbankan utama seperti Maybank yang susut 54 sen, Public Bank susut 85 sen dan Public Bank-Asing susut 90 sen, menyumbang hampir 70 peratus kepada penurunan penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) minggu lalu.
Secara keseluruhannya, minggu lalu KLCI susut 14.77 mata atau 1.7 peratus berbanding minggu sebelumnya, untuk ditutup pada 843.45 mata. Jumlah dan nilai purata dagangan harian minggu lalu susut sedikit, masing-masing kepada 350.1 juta saham dan RM602.5 juta, daripada masing-masing 357.5 juta saham dan RM599.7 juta pada minggu sebelumnya. Keceriaan mengenai Bajet Mini terjejas sebaik ia diumumkan Selasa lalu. KLCI susut selama tiga hari berturut-turut, namun lonjakan Wall Street pada Khamis, membantu meningkatkan sentimen pelabur tempatan pada Jumaat, justeru mengehadkan penurunan.
Bagaimanapun, kerajaan mengenal pasti keperluan untuk mengekalkan syarikat tersenarai terus beroperasi dengan menyediakan jaminan pinjaman sehingga RM25 bilion dan pengurangan proses masa ke pasaran terbitan hak dengan mengurangkan kerenah birokrasi pihak berkuasa. Ketika ini amat sukar untuk mengetahui faktor yang boleh memacu peningkatan pasaran susulan hasrat untuk mendapatkan tunai menerusi kaedah lebih murah di kalangan syarikat tersenarai amat diperlukan untuk membiayai modal kerja atau melangsaikan hutang. Dari segi perspektif ekonomi makro, belum wujud petunjuk kukuh bagi memacu pasaran susulan kelemahan permintaan global, walaupun trilion dolar akan disuntik oleh Amerika Syarikat menerusi insentif fiskalnya bagi memulihkan ekonomi. Dengan pasaran hartanah, kewangan, komoditi dan perkapalan yang masih suram susulan kelembapan ekonomi global dan ia mungkin akan mengambil masa antara sembilan hingga 12 bulan bagi membolehkan pakej rangsangan itu memberi kesan.
Pada peringkat global, perangkaan pengeluaran industri dan pasaran perumahan akan diumumkan hari ini dan esok yang dijangka memberi tekanan kepada pasaran ekuiti global. Pada peringkat domestik, statistik jualan industri pembuatan bagi Januari akan diumumkan Khamis ini dan penurunan dua angka adalah dijangka, selaras penurunan eksport dan indeks harga pengeluar bagi Januari. Sementara itu, Indeks Harga Pengguna bagi Februari pula akan diumumkan Jumaat ini dan sebahagian besar menjangkakan pertumbuhannya akan susut kepada 3.4 peratus. Ekoran petunjuk aliran dan momentum KLCI yang buruk, pelabur boleh menjangka pasaran akan kekal lemah minggu ini. Namun, kenaikan pasaran boleh tercetus minggu ini, dijana oleh aktiviti memburu saham murah menjelang Perhimpunan Agung Umno pada minggu depan dan peralihan kuasa Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib Razak. Bagaimanapun, momentum belian mungkin tidak akan bertahan berikutan strategi menjual ketika pasaran meningkat yang diamalkan, bakal mengehadkan sebarang kenaikan. Paras halangan semasa bagi KLCI adalah 853 dan 869 mata, manakala paras halangan utamanya pula adalah 888 hingga 890 mata. Kaunter sederhana seperti MRCB, UEM Land dan WCT yang sering dikaitkan dengan politik, dijangka meningkat susulan permainan pusingan menjelang pemilihan Umno.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers