March 3, 2009

Harga saham ditutup rendah

HARGA saham di Bursa Malaysia mengakhiri sesi semalam lebih rendah berikutan jualan besar-besaran yang berterusan ke atas saham mewah, kata peniaga. Penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) susut 14.11 mata untuk ditutup pada 876.56.

Ia dibuka 0.96 mata lebih rendah pada 889.71 pagi semalam. Sepanjang sesi urus niaga, KLCI bergerak antara 868.73 hingga 889.97.

Peniaga berkata kaunter kewangan adalah antara saham yang mencatatkan kerugian di tengah-tengah pengumpulan lebih banyak modal oleh kumpulan per-bankan dalam usaha mengukuhkan lagi asas modal mereka.

Maybank turun 14 sen kepada RM4.96, Bumiputra-Commerce merosot 35 sen kepada RM6.55 sementara Public Bank berkurangan 30 sen kepada RM8.50. Indeks Kewangan lebih rendah 173.92 mata kepada 6,835.74.

Saham berasaskan perladangan, Sime Darby susut 20 sen kepada RM5.45,IOI Corp menyusut empat sen kepada RM3.66 dan Kuala Lumpur Kepong berkurangan lima sen kepada RM9.90. Indeks Perladangan kehilangan 45.21 mata kepada 4,328.83.

Indeks Perindustrian lega 20.89 mata kepada 2,087.46, FBMEmas susut 118.17 mata kepada 5,728.90 dan FBM30 lebih rendah 131.31 mata kepada 5,661.57. Indeks FBMMesdaq merosot 41.57 mata kepada 3,066.72 dan FBM2BRD lebih rendah 29.49 mata kepada 3,950.87.

Saham rugi mengatasi saham untung dengan 440 berbalas 104 sementara 151 kaunter tidak berubah, 554 tidak diniagakan dan 37 lagi digantung. Jumlah dagangan semalam ialah 427.273 juta saham bernilai RM751.884 juta, lebih tinggi berbanding Jumaat lalu pada 403.171 juta saham bernilai RM585.977 juta.

Peniaga berkata urus niaga semalam secara keseluruhannya adalah tidak menentu ekoran tindak balas spontan bursa saham kepada pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia untuk suku keempat 2008.

Ekonomi berkembang pada rentak paling perlahan dalam tempoh lapan tahun semasa suku keempat dengan hanya 0.1 peratus daripada 4.7 peratus pada suku ketiga. Ekoran pertumbuhan yang lembap itu, peniaga berkata pelabur begitu teruja menantikan pakej rangsangan kedua dan kesannya kepada ekonomi keseluruhan.

Jumlah dagangan di Papan Utama menokok kepada 375.442 juta saham bernilai RM741.496 juta daripada 358.232 juta saham bernilai RM577.041 juta Jumaat lalu. Jumlah dagangan di Papan Kedua merosot kepada 20.652 juta saham bernilai RM6.036 juta daripada 22.047 juta saham bernilai RM5.999 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq mengukuh kepada 15.078 juta saham bernilai RM2.630 juta daripada 9.438 juta saham bernilai RM1.716 juta sebelumnya. Waran naik kepada 14.515 juta saham bernilai RM1.330 juta berbanding Jumaat lalu iaitu 12.652 juta bernilai RM962,391.

Menerajui kaunter dari segi jumlah ialah KNM Group yang susut setengah sen kepada 36.5 sen sementara Telekom Malaysia naik lapan sen kepada RM3.52. TM International merosot 33 sen kepada RM2.69 dengan syarikat itu dijangka memuktamadkan penetapan harganya untuk tawaran hak dalam waktu terdekat.

Minggu lalu, TM International berkata, ia bercadang untuk mengumpul RM5.25 bilion dalam terbitan hak untuk mengurangkan hutang berjumlah sehingga RM10.45 bilion. Untuk saham mewah, Tenaga Nasional turun 15 sen kepada RM6.30 sementara MISC dan Resorts World, masing-masing susut 10 sen kepada RM8.45 dan RM2.11.

Berdasarkan sektor, produk pengguna menguasai 12.688 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 75.233 juta, pembinaan 44.231 juta, urus niaga/perkhidmatan 132.311 juta, teknologi 4.479 juta, infrastruktur 17.185 juta, kewangan 35.446 juta, perhotelan 3.528 juta, hartanah 35.960 juta, perladangan 12.598 juta, perlombongan sifar, REITs 1.738 juta dan dana tertutup 40,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers