March 13, 2009

Saham teruskan aliran menurun

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah semalam, meneruskan arah aliran menurunnya berikutan tekanan jualan tanpa henti untuk saham berwajaran berat seperti Sime Darby, Maybank dan Public Bank, kata peniaga.

Penanda aras Indeks Komposit (IK) susut 11.98 mata ditutup pada 838.39, selepas dibuka 0.8 mata lebih rendah pada 849.57 berbanding penutup kelmarin iaitu 850.37. Peniaga berkata kaunter-kaunter Papan Kedua dan Mesdaq terus mengalami tekanan jualan selepas keuntungan diraih baru-baru ini di celah-celah sentimen lembap ekoran kegawatan ekonomi global.

Pelabur mengurangkan pegangan mereka terutama dalam saham perladangan selepas simpanan minyak sawit merosot sebanyak 15 peratus pada Februari sementara pengeluaran dan eksport berkurangan, masing-masing 11 peratus dan 7.2 peratus.

“Kita juga melihat sentimen belian yang lembap,” kata seorang peniaga, sambil menambah yang anggaran tahap sokongan dan halangan esok ialah sekitar 800 dan 850. Sepanjang sesi urus niaga, KLCI bergerak antara 836.51 dan 849.57.

Emas berkurangan 82.47 mata kepada 5,441.85 dan Indeks Papan Kedua merosot 81.35 mata kepada 3,793.55. Indeks Perindustrian turun 23.39 mata kepada 2,036.27, Indeks Kewangan susut 138.13 mata kepada 6,135.97 sementara Indeks Mesdaq kehilangan 76.84 mata kepada 2,921.43.

Saham rugi mengatasi saham untung dengan 389 berbalas 150 sementara 187 kaunter tidak berubah, 518 tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung. Jumlah dagangan merosot kepada 352.129 juta saham bernilai RM584.880 juta daripada 375.129 juta saham bernilai RM552.665 bilion.

peniaga tempatan, beberapa pelabur lebih berminat untuk mendapatkan keuntungan cepat ekoran perolehan yang dirangsang oleh bajet mini bernilai RM60 bilion yang diumumkan pada Selasa lalu.

“Pelabur mesti sedar yang jumlah yang besar itu akan membantu negara mencatatkan pertumbuhan satu peratus dalam keluaran dalam negara kasar untuk tahun ini,” kata beliau sambil menambah yang bajet mini itu bertujuan meningkatkan permintaan agregat bagi memenuhi jurang ekoran penguncupan dalam perdagangan luar.

Pada penutup, jumlah dagangan di Papan Utama merosot kepada 308.942 juta saham bernilai RM576.654 juta daripada penutup semalam iaitu 325.615 juta saham bernilai RM543.071 juta. Jumlah dagangan di Papan Kedua turun kepada 19.360 juta saham bernilai RM4.593 juta daripada 19.620 juta saham bernilai RM5.009 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di pasaran Mesdaq berkurangan kepada 11.314 juta saham bernilai RM2.950 juta berbanding 16.014 juta saham bernilai RM3.482 juta kelmarin. Waran berkurangan kepada 11.874 juta saham bernilai RM550,115 daripada 13.052 juta saham bernilai RM902,517 sebelumnya.

Untuk saham aktif, KNM kerugian dua sen kepada 32 sen, Resorts susut tujuh sen kepada RM1.92 sen, Compugates merosot setengah sen kepada 16 sen dan Picorp menambah setengah sen kepada 47 sen.

Di kalangan saham berwajaran tinggi, Sime Darby turun 20 sen kepada RM5.35, Maybank lebih rendah 28 sen kepada RM4.06, Public Bank lega 25 sen kepada RM7.05, Tenaga berkurangan lima sen kepada RM6.05 dan IOI Corp merosot dua sen kepada RM3.74.

Berdasarkan sektoral, produk pengguna menguasai 8.184 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 46.456 juta, pembinaan, 31.100 juta, urus niaga/perkhidmatan 113.023 juta, teknologi 4.814 juta, infrastruktur 14.953 juta, kewangan 40.346 juta, perhotelan 2.921 juta, hartanah 35.726 juta, perladangan 10.080 juta, perlombongan sifar, REIT 1.221 juta dan dana tertutup 117,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers