March 12, 2009

Tinjauan Pasaran: Harga saham ditutup rendah

HARGA harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah semalam, sekali gus menghapuskan keuntungan awal dengan kegiatan pengambilan untung dilihat terutama di kalangan kaunter mewah dan berkaitan indeks.
Pada penutup, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) lega 4.88 mata atau 0.571 peratus kepada 850.37 selepas dibuka 5.31 mata lebih tinggi pada 860.56. Peniaga berkata urus niaga di bursa tinggi pada sesi pagi, dirangsang oleh pakej rangsangan RM60 bilion yang diumumkan oleh kerajaan kelmarin.

Bagaimanapun, pasaran gagal untuk mengekalkan prestasinya pada penutup kerana pelabur enggan mengambil pegangan baru ekoran keadaan yang tidak menentu, tambah mereka. "Persekitaran luaran yang begitu mencabar bermakna pasaran ekuiti akan melihat situasi turun naik berpanjangan, dan saham mewah terutama kaunter kewangan dan perladangan akan terjerumus kepada tekanan jualan," kata seorang peniaga.

Peniaga itu juga berkata yang sentimen pasaran yang tertekan kemungkinan mengehadkan sebarang kenaikan, sambil menambah yang halangan serta-merta ialah pada sekitar paras 800 mata dan sokongan pada 850 mata untuk urus niaga hari ini.

Indeks kewangan merosot 88.35 mata kepada 6,274.1, Indeks Perindustrian mengukuh 2.81 mata kepada 2,059.66 dan Indeks Perladangan turun 20.92 mata kepada 4,375.6. Bagi siri Indeks FTSE-BM, FBMEmas mengecil 40.44 mata kepada 5,432.09, FBM30 susut 46.6 mata kepada 5,425.84, FBM2BRD 42.23 mata lebih rendah pada 3,874.9 dan FBM-MDQ berkurangan 66.93 mata kepada 2,998.27.

Saham rugi mengatasi saham untung dengan 296 berbalas 199, 220 kaunter tidak berubah dan 552 tidak diniagakan sementara 52 yang lain digantung urus niaga. Jumlah dagangan menokok kepada 375.129 juta saham bernilai RM552.665 juta berbanding 372.025 juta saham bernilai RM785.163 juta kelmarin.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Bursa Malaysia Bhd, Datuk Yusli Mohamed Yusoff menjangkakan yang pasaran saham tempatan akan terus mencabar memandangkan sentimen masih lagi lembap.

Beliau berkata, pelabur masih menantikan tanda pemulihan ekoran krisis ekonomi global yang kian meruncing. Yusli juga percaya yang pakej rangsangan bernilai RM60 bilion itu akan membantu ekonomi dalam situasi krisis sekarang ini.

Jumlah dagangan di Papan Utama merosot kepada 325.615 juta saham bernilai RM543.071 juta daripada penutup 332.678 juta saham bernilai RM778.423 juta semalam. Jumlah dagangan di Papan Kedua menokok kepada 19.620 juta saham bernilai RM5.009 juta daripada 19.359 juta saham bernilai RM4.348 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq pula mengukuh kepada 16.014 juta saham bernilai RM3.482 juta daripada 7.923 juta saham bernilai RM1.624 juta kelmarin. Waran meningkat kepada 13.052 juta saham bernilai RM902,517 daripada 11.163 juta saham bernilai RM551,619 sebelumnya.

Saham aktif, Resorts World naik satu sen kepada RM1.99, Gamuda lebih tinggi tiga sen kepada RM1.90 dan AirAsia meningkat dua sen kepada 94 sen. Di kalangan saham berwajaran tinggi, Sime Darby, Petronas Gas dan Plus Expressway, kesemuanya tidak berubah, masing-masing pada RM5.55, RM9.75 dan RM2.90, DiGi menambah 10 sen kepada RM21.10 dan Malaysia Airport naik tiga sen kepada RM2.44.

Berdasarkan sektor, produk pengguna menguasai 11.632 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 55.594 juta, pembinaan 49.479 juga, urus niaga/perkhidmatan 107.382 juta, teknologi 4.463 juta, infrastruktur 6.189 juta, kewangan 49.057 juta, perhotelan 862,300 juta, hartanah 29.598 juta, perladangan 10.467 juta, perlombongan sifar, REITs 642,400 dan dana tertutup 68,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers