March 6, 2009

Bursa ditutup bercampur-campur

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur semalam dengan kerugian pada sesi pagi sebahagiannya dipulihkan oleh minat diperbaharui semula dalam saham berwajaran tinggi yang utama seperti MISC dan IOI Corp.

Penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) meningkat 2.31 mata untuk ditutup pada 869.24. Indeks itu dibuka 0.79 mata lebih tinggi pada 867.72 pagi semalam serta bergerak antara 865.85 dan 869.44 sepanjang sesi urus niaga.

Menurut peniaga, keuntungan di bursa tempatan sebahagiannya disebabkan oleh aktiviti membeli saham bermodal besar terpilih, terutama menjelang pembentangan pakej rangsangan kedua di Parlimen, Selasa depan.

Turut membantu merangsangkan bursa tempatan ialah minat di kaunter perladangan dengan jangkaan permintaan yang lebih baik berikutan menurunnya pengeluaran minyak sawit akibat banjir, kata mereka.

Di kalangan saham perladangan yang mendapat momentum ialah IOI Corp dan Boustead Holdings yang masing-masing mengukuh lapan sen kepada RM3.74 dan RM3.20 dan IJM Plantations yang menambah tujuh sen kepada RM2.07.

Indeks Perindustrian naik 15.49 mata kepada 2,070.79, Indeks Kewangan susut 47.74 mata kepada 6,651.66, Indeks FBM30 turun 0.57 mata kepada 5,588.32, Indeks FBM Mesdaq lebih tinggi 9.59 mata kepada 3,111.49 dan FBM2BRD lega 1.54 mata kepada 3,952.27.
Indeks FBMEmas, ia mengukuh 4.16 mata kepada 5,676.02.

Saham rugi mengatasi saham untung dengan 234 berbalas 231 sementara 231 kaunter tidak berubah, 549 tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung urus niaga. Jumlah dagangan semalam lebih tinggi pada 381.649 juta saham bernilai RM613.399 juta berbanding 327.192 juta saham bernilai RM539.534 juta kelmarin.

Bagaimanapun, peniaga berkata yang keuntungan di bursa tempatan tersekat oleh tekanan jualan di kaunter kewangan ekoran kebimbangan mengenai meningkatnya hutang lapuk dan pinjaman yang rendah.

Tinjauan yang lembap itu menyebabkan saham kewangan ditutup rendah, didahului oleh Maybank yang susut dua sen kepada RM4.82 dan Bumiputra-Commerce dan Public Bank yang masing-masing merosot lima sen kepada RM6.20 dan RM8.15.

Saham syarikat berasaskan pembinaan bagaimanapun dirangsang oleh jangkaan yang industri pembinaan berpeluang mendapat manfaat daripada pakej rangsangan kedua, kata peniaga. Antaranya ialah YTL Corp yang mengukuh 10 sen kepada RM7.00, Gamuda yang naik satu sen kepada RM1.95 dan Sunway Holdings yang menokok dua sen kepada 66.5 sen.

Jumlah dagangan di Papan Utama meningkat kepada 338.885 juta saham bernilai RM604.433 juta daripada 274.894 juta saham bernilai RM529.022 juta kelmarin. Bagaimanapun, jumlah dagangan di Papan Kedua susut kepada 23.693 juta saham bernilai RM6.282 juta daripada 25.203 juta saham bernilai RM6.933 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di pasaran Mesdaq lebih rendah kepada 6.972 juta saham bernilai RM1.640 juta daripada 12.727 juta saham bernilai RM2.167 juta kelmarin. Waran berkurangan kepada 10.830 juta saham bernilai RM697,390 daripada penutup 13.375 juta saham bernilai RM961,126 kelmarin.

Di kalangan peneraju dari segi jumlah, Compugates naik dua sen kepada 17.5 sen sementara KNM Group susut setengah sen kepada 36.5 sen dan Zelan lebih rendah 5.5 sen kepada 60.5 sen.

Untuk saham mewah, Sime Darby dan Tenaga Nasional kekal pada RM5.45 dan RM6.25 sementara MISC menokok 20 sen kepada RM8.40. Berdasarkan sektor, produk pengguna menguasai 9.697 juta saham yang diniagakan di Papan utama, produk perindustrian 46.651 juta, pembinaan 35.999 juta, urus niaga/perkhidmatan 136.0 juta, teknologi 4.454 juta, infrastruktur 11.797 juta, kewangan 39.244 juta, perhotelan 3.415 juta, hartanah 36.244 juta, perladangan 14.191 juta, perlombongan sifar, REITs 1.143 juta dan dana tertutup 43,100. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers