March 24, 2009

Tinjauan Pasaran: Pasaran tempatan makin kukuh

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi, semalam menjelang Perhimpunan Agung Umno, kata peniaga. Pada akhir dagangan, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) naik 21.48 mata kepada 878.30 selepas dibuka 1.37 mata lebih tinggi pada 858.19 pada sesi pagi. Peniaga berkata, lazimnya ketika Perhimpunan Agung Umno, berlaku rali di bursa tempatan kerana ia selalunya menyediakan beberapa sentimen positif.

Semalam, pasaran memulakan dagangan lebih kukuh dengan minat belian bertumpu kepada saham perladangan dan perbankan utama yang membantu indeks utama kekal pada paras yang positif. “Keuntungan kukuh di pasaran serantau turut merangsang minat belian di pasaran tempatan,” kata peniaga.

Pada penutup, Indeks Perindustrian menambah 43.62 mata kepada 2,116.19 mata, Indeks Perladangan menokok 172.78 mata kepada 4,526.96 mata dan Indeks Kewangan lebih tinggi 215.31 mata kepada 6,534.62 mata.

Indeks FBMEmas mengukuh 155.62 mata kepada 5,725.64 mata, Indeks FBM30 naik 152.98 mata kepada 5,630.67 mata, Indeks FBM2BRD meningkat 65.96 mata kepada 3,905.14 mata dan Indeks FBM Mesdaq menambah 34.04 mata kepada 2,987.18 mata.

Saham untung mengatasi saham rugi dengan 415 berbalas 129 sementara 165 kaunter tidak berubah, 536 tidak diniagakan dan 34 yang lain digantung. Jumlah dagangan menambah kepada 642.395 juta saham bernilai RM921.555 juta daripada 311.746 juta saham bernilai RM545.815 juta, Jumaat lalu.

Mendahului kaunter paling aktif ialah KNM Group yang meningkat 3.5 sen kepada 39.5 sen, diikuti dengan Resorts World yang menokok tujuh sen kepada RM1.97 dan TM International yang naik 26 sen kepada RM2.61.

Di kalangan yang mendapat keuntungan besar pula, KL Kepong menokok 60 sen kepada RM10.60, British American Tobacco meningkat 50 sen kepada RM45.50 dan Batu Kawan naik 35 sen kepada RM8.05.

Saham saham berwajaran tinggi, Sime Darby menambah 20 sen kepada RM5.85, sementara Tenaga susut lima sen kepada RM6.25. IOI Corp mengukuh 18 sen kepada RM3.90, Bumiputra-Commerce menambah 25 sen kepada RM6.55 dan Maybank lebih tinggi 22 sen kepada RM4.58.

Jumlah dagangan di Papan Utama menambah kepada 577.280 juta saham bernilai RM909.091 juta daripada 262.679 juta saham bernilai RM536.639 juta, Jumaat lalu. Jumlah dagangan di Papan Kedua menokok kepada 333.535 juta saham bernilai RM8.131 juta berbanding dengan 18.518 juta saham bernilai RM4.280 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq melonjak kepada 12.458 juta saham bernilai RM2.733 juta berbanding 9.494 juta saham bernilai RM2.798 juta, Jumaat lalu. Waran bagaimanapun susut kepada 18.834 juta saham bernilai RM1.471 juta berbanding 20.703 juta saham bernilai RM2.006 juta sebelumnya.

Berdasarkan sektoral, produk pengguna menguasai 29.386 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 87.585 juta, pembinaan 63.106 juta, urus niaga/perkhidmatan 225.591 juta, teknologi 18.607 juta, infrastruktur 7.847 juta, kewangan 41.332 juta, perhotelan 2.229 juta, hartanah 71.876 juta, perladangan 28.427 juta, perlombongan 7,000, REITs 1.180 juta dan dana tertutup 108,300. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers