March 17, 2009

Peruntukan bajet mini perlu penjelasan terperinci

MAKLUMAT dan cara pelaksanaan pakej bajet mini perlu diterangkan dengan jelas kepada masyarakat termasuk nilai peruntukan sebenar sebanyak RM15 bilion daripada jumlah keseluruhan RM60 bilion yang diumumkan dalam pakej rangsangan baru-baru ini.

Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis), Prof Dr Mahani Zainal Abidin, berkata penyebaran maklumat itu penting bagi mengelakkan masyarakat mempersoalkan bagaimana peruntukan RM60 bilion, yang termasuk perbelanjaan tidak langsung seperti jaminan, cukai, dan perbelanjaan di luar bajet, itu dibelanjakan jika ia gagal mencapai matlamat dalam tempoh ditetapkan.

“Ramai yang tahu bajet mini akan membelanjakan sebanyak RM60 bilion. Namun, ramai juga tidak tahu bahawa nilai perbelanjaan sebenar adalah RM15 bilion yang dibelanjakan dalam tempoh dua tahun, iaitu RM10 bilion tahun ini dan RM5 bilion tahun depan.

“Penyebaran maklumat tepat ini penting kerana dikhuatiri akan wujud jurang antara tanggapan dan kebenaran dan jika dalam tempoh enam bulan ekonomi semakin buruk, masyarakat akan mempertikaikan jumlah peruntukan RM60 bilion yang dicadangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada dialog meja bulat anjuran Isis yang membincangkan mengenai ‘Adakah Bajet Mini Mampu Menangani Ekonomi Malaysia Yang Rapuh’, di Kuala Lumpur, semalam.

Dialog dihadiri kira-kira 50 wakil sektor korporat, wakil rakyat dan persatuan serta pakar akademik itu, dipengerusikan oleh Pengerusi dan Ketua Eksekutif Isis, Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan.

Mahani menambah, kerajaan baru Amerika Syarikat (AS) di bawah kepemimpinan Presiden Barack Obama, memperkenalkan laman web untuk memperjelaskan bagaimana peruntukan pakej rangsangan dibelanjakan, namun tidak dapat dipastikan sama ada Malaysia boleh membuat pendekatan yang sama.

Katanya, maklumat seperti bagaimana menggantikan permintaan eksport dan menggalakkan permintaan domestik serta pelaksanaan pemberian rebat RM5,000 bagi kenderaan terpakai perlu penjelasan lebih terperinci dan rebat tidak boleh diberi tunai bagi digunakan untuk simpanan.

Katanya, golongan berpendapatan rendah yang juga sebahagian daripada bilangan penduduk negara perlu diberi insentif meningkatkan pendapatan boleh guna. Pemberian subsidi untuk mengurangkan kos sara hidup, seperti subsidi kupon pengangkutan bermusim mampu menggalakkan mereka berbelanja dan pada masa sama mengurangkan beban sara hidup.

Sementara itu, dialog turut mendengar cadangan mengenai penubuhan agensi pengurusan krisis seperti Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang memberi tumpuan dan melihat isu berkaitan krisis secara keseluruhan.

“Kita tidak boleh membincangkan isu berkaitan krisis seperti pengenalan pakej rangsangan pertama atau kedua, pakej rangsangan 2010, serta pelan tindakan seperti Rancangan Malaysia Kesembilan secara berasingan.

“Ini disebabkan setiap tempoh berkenaan menjurus kepada matlamat yang sama, justeru sudah sampai masa ditubuhkan semula kumpulan pengurusan krisis untuk melihat kepada perkara berkenaan,” katanya.

Ketika negara dilanda krisis kewangan 1997/98, MTEN ditubuhkan dengan fungsi sebagai badan eksekutif yang mampu bertindak menjangkaui tugasan mana-mana kementerian dan juga agensi berkaitan.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers