March 30, 2009

Penduduk Malaysia Yakin Pasaran Hartanah

KUALA LUMPUR 29 Mac - Kaji selidik iProperty.com, laman web hartanah tempatan, mendapati penduduk Malaysia masih yakin dan optimistik dengan pasaran hartanah tempatan.
Kaji selidik itu dijalankan bermula 22 Januari sehingga 26 Februari lalu untuk tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Hong Kong.

Pengerusi Eksekutifnya, Patrick Grove berkata, laman web itu menyaksikan peningkatan ketara bagi pengunjungnya dan aktiviti kekal tinggi dengan penduduk negara ini meninjau kedudukan pasaran hartanah sementara menunggu ekonomi kembali pulih.
''Orang ramai masih membeli, menjual serta menyewa dan masih mencari peluang dan potongan harga bagi hartanah.

''Rakyat Malaysia begitu optimistik ekoran kesan krisis ekonomi Amerika Syarikat tidak memberi kesan yang buruk kepada negara ini dan pasaran Malaysia juga berkembang pada kadar berbeza dengan negara lain,'' katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Grove, penduduk negara ini optimistik terhadap pasaran hartanah dengan majoriti responden percaya pasaran akan kekal yakin untuk menjual hartanah mereka pada harga yang baik walaupun keadaan pasaran mencabar.

''Sebagai perbandingan, Singapura pula adalah pesimistik dengan majoriti responden yakin pasaran akan bertambah buruk dengan harga hartanah akan jatuh untuk tempoh enam bulan akan datang dan responden Hong Kong mengambil langkah tunggu dan lihat,'' katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers