March 27, 2009

Tak perlu satu lagi rangsangan’

MALAYSIA tidak memerlukan satu lagi pakej rangsangan ekonomi kerana dua pakej bernilai RM67 bilion yang sudah dilancarkan adalah mencukupi, kata Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis), Dr Mahani Zainal Abidin.

Beliau menegaskan, apa yang perlu dilakukan kerajaan kini ialah memastikan semua projek dan langkah dalam kedua-dua pakej itu dilaksanakan dengan cepat dan berkesan bagi membolehkan ia mencapai matlamat yang dikehendaki.

“Kita berharap kerajaan menumpukan kepada usaha melaksanakan projek serta pelan yang dirancang dalam pakej pertama dan kedua tanpa berlengah, serta memastikan ia dilaksanakan dengan cekap dan mencapai sasarannya,” katanya ketika ditanya sama ada Malaysia memerlukan satu lagi pakej rangsangan bagi berdepan keadaan ekonomi yang lemah ketika ini.

Mahani berkata demikian pada sidang media bagi mengumumkan Kaji Selidik Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Asia dan Pasifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCAP) 2009, di Kuala Lumpur, semalam.

Mahani menerima laporan itu bagi pihak Isis daripada Koordinator Residen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang juga Perwakilan Residen Program Pembangunan PBB (UNDP), Kamal Malhotra.

Turut hadir, Ketua Bahagian Dasar Makroekonomi dan Pembangunan UNESCAP, Dr Muhammad Hussain Malik. Mahani turut menegaskan, Malaysia memiliki banyak faktor positif yang mampu menyokong pelan pemulihan dirancang kerajaan.

“Umumnya, negara ini memiliki asas ekonomi yang kukuh. Inflasi pula tidak menjadi isu dan Bank Negara Malaysia mempunyai keupa-yaan untuk mengurangkan kadar faedah. “Berbanding negara lain seperti Hong Kong dan Singapura, Malaysia memiliki asas ekonomi domestik yang luas.

Kita ada sektor pertanian dan perkhidmatan yang serba sedikit berupaya mengurangkan kesan atau tekanan penurunan dalam eksport,” katanya. Malaysia juga, katanya, mempunyai kadar simpanan tinggi, sektor perbankan yang kukuh, dan jumlah kecairan yang tinggi untuk membiayai pakej rangsangan tanpa perlu membuat pinjaman luar negara.

Sementara itu, Kamal berkata, si sebalik pertumbuhan ekonomi global yang suram, negara di Asia dan Pasifik dijangka mencatat pertumbuhan 3.6 peratus tahun ini berbanding pertumbuhan negatif 2.2 peratus di negara maju, sekali gus membuka laluan bagi kerjasama lebih erat dan mapan di kalangan mereka.

Beliau berkata, dari segi ekonomi, ketika ini negara di Asia dan Pasifik kurang menyokong perdagangan antara satu sama lain. Ini, katanya ditunjukkan hasil kajian yang mendapati nilai eksport antara negara di rantau ini tahun lalu hanya merangkumi 37 peratus berbanding nilai eksport dengan negara di kawasan perdagangan bebas Amerika Utara (Nafta - 51 peratus) dan Kesatuan Eropah (EU - 68 peratus).

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers