March 19, 2009

Harga saham ditutup lebih tinggi

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi semalam dengan minat belian berterusan terhadap kaunter saham mewah dibantu oleh kenaikan di Wall Street semalaman. Penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) mengakhiri sesi dagangan semalam dengan menokok 0.99 mata pada 841.87, selepas dibuka 5.07 mata lebih tinggi pada 846.94.

Peniaga berkata, ini membantu menolak indeks KLCI untuk kekal dalam lingkungan positif setelah pelabur gembira dengan sentimen pasaran yang baik.

“KLCI mengekalkan sokongan menaik oleh institusi tempatan dan asing serta sentimen pasaran yang kukuh,” katanya. KLCI bergerak antara 850.82 dan 846.13 semasa dagangan semalam. Ketika ditutup, Indeks Kewangan meningkat 101.60 mata kepada 6,270.10, Indeks Perusahaan naik 5.16 mata kepada 2,057.90 dan Indeks Perladangan menokok 3.39 mata kepada 4,377.02.

Bagi siri Indeks FTSE-BM, FBMEmas naik 48.74 mata kepada 5,516.28, FBM30 menambah 48.63 mata kepada 5,415.89, FBM2BRD turun 22.47 mata kepada 3,820.53 dan FBM-MDQ meningkat 19.22 mata kepada 3,015.26.

Saham untung mengatasi saham rugi pada 301 berbanding 158 manakala 207 kaunter tidak berubah, 579 tidak didagangkan dan 31 yang lain digantung. Jumlah dagangan semalam meningkat kepada 343.033 juta saham RM496.622 juta daripada kelmarin pada 333.006 juta saham bernilai RM579.567 juta.

“Terdapat juga kegiatan pengambilan untung yang sederhana di pasaran terutama pada saham berharga murah setelah pelabur terus bimbang dengan tinjauan masa depan ekonomi global,” kata peniaga.

Jumlah dagangan di Papan Utama naik kepada 301.672 juta saham bernilai RM487.497 juta daripada kelmarin pada 289.652 juta saham bernilai RM569.825 juta.

Di Papan Kedua, jumlah dagangan lebih tinggi pada 22.390 juta saham bernilai RM5 juta berbanding dengan 21.886 juta saham bernilai RM4.786 juta sebelumnya. Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq susut kepada 10.446 juta saham bernilai RM3.491 juta daripada 12.090 juta saham bernilai RM4.140 juta kelmarin.

Waran turun kepada 8.073 juta bernilai RM537,425 daripada 8.692 juta bernilai RM637,881 sebelumnya. Antara saham aktif, KNM naik setengah sen kepada 35 sen, Resorts turun dua sen kepada RM1.90 dan Compugates susut setengah sen kepada 14.5 sen.

Bagi saham wajaran tinggi, Sime Darby ditutup lima sen lebih rendah pada RM5.50, Tenaga Nasional naik 10 sen kepada RM6.05, Maybank menokok enam sen kepada RM4.08 dan TM menambah dua sen kepada RM3.52.

Mengikut sektor, barangan pengguna menguasai 15.331 juta saham yang didagangkan di Papan Utama, barangan perindustrian 62.644 juta, pembinaan 25.384 juta, dagangan/perkhidmatan 114.403 juta, teknologi 5.971 juta, infrastruktur 6.956 juta, kewangan 29.031 juta, hotel 3.801 juta, hartanah 27.773 juta, perladangan 9.138 juta, perlombongan tiada, REIT 1.193 juta dan tertutup/dana 47,700. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers