March 31, 2009

Tinjauan Pasaran: Harga saham ditutup rendah

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan momentum belian dan pasaran serantau yang lemah dengan sentimen terjejas oleh aliran menurun di Wall Street minggu lalu, kata peniaga.

Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) turun 16.09 mata atau 1.82 peratus untuk ditutup kepada 869.34 mata selepas dibuka 2.57 mata lebih rendah pada 882.86. TA Securities, dalam nota penyelidikannya berkata meskipun petunjuk momentum teknikal bagi KLCI bertambah baik selepas kenaikan kukuh minggu lalu, belian lemah dijangkakan minggu ini.

“Juga, dengan berakhirnya pemilihan Umno, di samping jangkaan pembetulan menurun saham AS minggu ini berikutan kebimbangan bank Amerika perlu melaporkan kerugian derivatif yang besar, ia dijangka menyokong penurunan dan meningkatkan tekanan pengambilan untung,” kata syarikat penyelidikan saham itu.

Indeks Kewangan turun 126.06 mata kepada 6,460.51, Indeks Perusahaan susut 39.41 mata kepada 2,093.82 manakala Indeks Perladangan berkurangan 60.83 mata kepada 4,540.58. Bagi siri Indeks FTSE-BM, FBMEmas turun 103.91 mata kepada 5,676.07, FBM30 susut 109.39 mata kepada 5,579.78, FBM2BRD jatuh 14.36 mata kepada 3,888.69 dan FBM-MDQ berkurangan 51.35 mata kepada 2,976.39.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 330 berbanding 144 manakala 165 kaunter tidak berubah, 631 tidak diniagakan dan 58 yang lain digantung. Jumlah dagangan berkurangan kepada 363.794 juta saham bernilai RM600.717 juta daripada 455.235 juta saham bernilai RM650.051 juta pada Jumaat minggu lalu.

Di kalangan kaunter cergas, KNM Group turun 3.5 sen kepada 37.5 sen, Resorts World susut lapan sen kepada RM2.08, Mulpha International jatuh tiga sen kepada 27 sen, Maybank berkurangan 26 sen kepada RM4.08 manakala Genting turun 10 sen kepada RM3.68. Bagi saham wajaran berat, Sime Darby turun 15 sen kepada RM5.75, Tenaga tidak berubah pada RM6.15, Bumiputera Commerce susut 15 sen kepada RM6.90, IOI Corp berkurangan lapan sen kepada RM3.90 manakala MISC jatuh 15 sen kepada RM8.30.

Jumlah dagangan di Papan Utama berkurangan kepada 326.547 juta saham bernilai RM594.325 juta berbanding 395.638 juta saham bernilai RM640.721 juta pada Jumaat lalu. Jumlah dagangan di Papan Kedua turun kepada 16.423 juta saham bernilai RM3.805 juta daripada 19.124 juta saham bernilai RM4.479 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq Market susut kepada 9.072 juta saham bernilai RM1.666 bilion berbanding 9.755 juta saham bernilai RM2.503 juta sebelumnya. Waran turun kepada 10.173 juta saham bernilai RM780,556 berbanding 26,208 juta bernilai RM1.998 juta sebelumnya.

Mengikut sektor, barangan pengguna menyumbang 10.948 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 54.375 juta, pembinaan 33.590 juta, perdagangan/perkhidmatan 123.876 juta, teknologi 6.801 juta, prasaranan 8.504 juta, kewangan 36.393 juta, hotel 3.078 juta, harta 36.021 juta, perladangan 11.612 juta, perlombongan sifar, REITs 1.325 juta dan dana tertutup 17,100. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers