INDEKS Komposit Kuala Lumpur (KLCI) mungkin turun ke paras 700 mata pada suku kedua 2009, sebelum memulakan rali mini menjelang akhir tahun, kata Pengurus Bersama Perbankan Persendirian CIMB, Alan Inn.
“Pasaran sentiasa bertindak mendahului ekonomi sebenar. Justeru, kami mengharapkan pasaran akan mencecah paras terendahnya dan melakukan rali menjelang akhir tahun. “Namun, daripada situ ia akan melalui keadaan yang sukar.
Saya tidak menjangkakan pasaran cergas tahun depan,” katanya ketika ditemui pada Persidangan Pelaburan Perbankan Persendirian CIMB 2009 di Kuala Lumpur, semalam.
Penanda aras indeks ditutup 0.99 mata lebih tinggi semalam, pada 841.87 selepas dibuka 5.07 mata lebih tinggi pada 846.94.
Inn berkata, tidak mustahil bursa tempatan menjunam daripada paras semasa kerana jumlah dagangan turut jatuh dengan banyak. “Namun, pada masa sama, perancangan kerajaan untuk membeli ekuiti dalam pasaran adalah jalan penyelamat. Jika aliran global menunjukkan gelombang penjualan atas apa saja alasan, ia sukar diatasi.
“Diharapkan ia tidak akan turun di bawah 700, walaupun ia adalah keadaan yang tidak boleh berlaku pada masa ini. Paras 700 lebih patut jadi paras terendah dan diharapkan tidak ada lagi berita buruk dari Amerika Syarikat (AS),” katanya.
Inn menjelaskan, pasaran ekuiti Malaysia tidak begitu teruk terjejas seperti negara lain di rantau itu. Ini berikutan negara dilihat membangun dengan pesat, sebahagiannya kerana asas yang kukuh terutama dari segi sistem perbankan dan rizab yang lebih baik daripada yang lain dengan sumber semula jadi, ia membantu memperkukuh pertumbuhan, katanya.
Beliau berkata, kumpulan itu mengunjurkan penguncupan 0.5 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan pertumbuhan 1.5 peratus, masing-masing tahun ini. - Bernama
“Melihat tanda-tanda ekonomi sepatutnya mencecah paras paling rendah tahun ini dengan bermulanya rangsangan fiskal dan kadar faedah sudah dikurangkan dengan banyak,” katanya. Inn bagaimanapun berkata, semua rangsangan fiskal selain pinjaman dan perbelanjaan oleh kerajaan di seluruh dunia, bermakna peningkatan dalam paras hutang global.
“Ini bermakna apabila ekonomi stabil dan pertumbuhan kembali ke landasannya, kerajaan mungkin mula menaikkan cukai di seluruh dunia bagi mencari sumber pendapatan bagi membayar hutang,” katanya.
Sebagai tambahan, katanya, rangsangan yang disuntik juga akan menyebabkan inflasi ekoran lebihan mudah tunai dalam pasaran. “Bank pusat di seluruh dunia akan memikirkan cara untuk mengurangkan mudah tunai sebaik pertumbuhan mula dicatat.
Jika tidak, kita akan menghadapi risiko inflasi yang tinggi yang belum pernah dilalui sebelum ini,” katanya. Inn berkata, ia akan mengambil masa sebelum Malaysia kembali kepada keadaan asasnya yang baik dengan mencatat pertumbuhan empat hingga lima peratus dan negara memerlukan pemangkin baru untuk memperkukuh ekonomi.
Katanya, risiko terbesar Malaysia ialah sektor pembuatan dan yang menjurus kepada eksport. “AS adalah pengguna yang besar dan ekonomi mereka menyumbang dua pertiga daripada Asia dan dunia.
Keperluan mereka untuk berjimat bermakna mereka akan kurang mengguna dan eksport kita mungkin susut. “Jika kita tidak mempunyai sumber pertumbuhan baru, kita mungkin tidak mendapat pulangan daripada pasaran yang menunjukkan aliran menaik tidak lama lagi,” katanya. - Bernama
March 19, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com