March 25, 2009

Ekonomi dijangka mula pulih dalam enam bulan

EKONOMI Malaysia dijangka mula menunjukkan tanda pemulihan dalam tempoh lima atau enam bulan akan datang disokong pelaksanaan dua pakej rangsangan ekonomi kerajaan serta persekitaran kadar faedah yang rendah, kata agensi penarafan RAM Holdings Bhd.

Ketua Ahli Ekonominya, Dr Yeah Kim Leng menegaskan, strategi rangsangan ekonomi yang dilaksanakan kerajaan adalah tepat kerana ia adalah menyeluruh. Beliau berkata, pakej pertama bernilai RM7 bilion yang diumumkan November tahun lalu lebih bertumpu kepada pelaksanaan projek, manakala pakej kedua di bawah Bajet Mini bernilai RM60 bilion yang dibentangkan di Parlimen kira-kira dua minggu lalu pula kepada usaha merangsang peningkatan industri serta menangani isu pengangguran.

“Strategi sedemikian mampu secara berkesan merangsang permintaan domestik yang begitu penting dalam menjana kegiatan ekonomi kerana ia menyumbang sehingga 75 peratus kepada nilai KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar).

“Pakej rangsangan itu juga memiliki kesan penggandaan besar dengan setiap RM1 yang dibelanjakan kerajaan akan menjana permintaan tambahan sebanyak RM1.50. “Keadaan ekonomi di tiga negara maju (Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun) yang mula stabil juga turut membantu meningkat permintaan, sekali gus mencadangkan pemulihan ekonomi Malaysia mungkin dapat disaksikan pada separuh kedua tahun ini,” katanya pada sidang media Tinjauan Penarafan 2009 di Kuala Lumpur, semalam.

Yeah menjelaskan, krisis ekonomi semasa adalah berbeza kerana ia dicetus oleh kejutan penurunan permintaan eksport, sekali gus menjejaskan keyakinan pengguna dan pelabur.

“Disokong pula dengan persekitaran kadar faedah yang rendah, permintaan domestik akan bertindak menampung kesan penurunan drastik dalam permintaan eksport,” katanya.

Sementara itu Yeah menolak kemungkinan Malaysia akan terjebak ke dalam masalah deflasi.
“Deflasi bukan satu ancaman kerana harga komoditi dijangka meningkat semula tahun depan apabila ekonomi global pulih,” katanya.

Beliau menegaskan, Indeks Harga Pengguna (IHP), iaitu pengukur inflasi dijangka susut ke bawah satu peratus pada separuh kedua tahun ini dan antara 1.5 dan dua peratus tahun depan. Deflasi adalah keadaan yang mana berlaku penurunan ketara harga barangan yang akan menyebabkan syarikat enggan menghasilkan produk dan menutup operasi, sekali gus meningkatkan kadar pengangguran dan menjejaskan keyakinan dan permintaan.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers