March 26, 2009

Malaysia mampu elak kemelesetan teknikal

MALAYSIA tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi teknikal jika semua langkah dalam pakej rangsangan pertama dan kedua, serta usaha bagi meningkatkan akses kepada pinjaman dilaksanakan secara segera dan cekap.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata walaupun ekonomi negara dijangka mengalami pertumbuhan negatif pada suku pertama ini, namun ia akan kembali mencatatkan pertumbuhan positif pada suku kedua hasil pelaksanaan pakej rangsangan kerajaan, serta dasar kadar faedah rendah dan pemotongan kadar Keperluan Rizab Berkanun (SRR) oleh bank pusat itu.

“Ekonomi negara berkembang pada kadar amat tinggi, iaitu 7.1 peratus pada suku pertama tahun lalu dan angka itu sukar di atasi pada suku pertama tahun ini yang mana telah menyaksikan penurunan eksport sebanyak 27.8 peratus pada Januari.

“Justeru, pada suku pertama ini (ekonomi) mungkin menyaksikan kemerosotan. Bagaimanapun jika langkah rangsangan fiskal dan monetari dilaksanakan secara segera dan cekap, kesannya akan dirasai pada suku kedua dan keadaan dijangka kembali pulih,” katanya pada taklimat media sempena pembentangan Laporan Tahunan serta Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran Bank Negara Malaysia 2008 semalam.

Zeti berkata, eksport bagi Februari yang perangkaannya akan diumumkan tidak lama lagi juga sudah mula menunjukkan tanda positif dengan menyaksikan kadar penguncupan lebih kecil.

Beliau menjelaskan, tindak balas yang diambil kerajaan menerusi dua pakej rangsangan berjumlah RM67 bilion, penurunan kadar faedah sebanyak 1.5 peratus kepada dua peratus dan pemotongan sebanyak tiga peratus kepada satu peratus, akan menjana antara satu peratus dan 1.5 peratus kepada pertumbuhan ekonomi.

“Ekonomi Malaysia yang digerak oleh eksport dijangka merasakan kesan penuh kelembapan global pada 2009, namun kekukuhan ekonominya berikutan beberapa langkah dasar yang dilaksanakan, dijangka membantu mengimbangi kesan itu. “Kami menjangka ekonomi negara akan menyaksikan kemerosotan ketara pada separuh pertama tahun ini, tetapi dijangka pulih pada separuh kedua disokong peningkatan permintaan domestik,” katanya.

Bagi keseluruhan tahun ini, bank pusat mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi negara antara -1.0 peratus dan satu peratus, berbanding 4.6 peratus tahun lalu. Zeti turut menegaskan Malaysia mempunyai kemampuan mengambil langkah tambahan jika keadaan ekonomi dunia bertambah buruk.

"Walaupun kebanyakan langkah sudah diambil, namun kita masih mempunyai langkah tambahan (termasuk langkah monetari) yang boleh dilaksanakan bagi menggalakkan pertumbuhan dalam bidang baru atau membabitkan perjanjian dengan negara lain, yang mana kita boleh mendapat faedah bersama,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers