AXIATA Group Bhd mencatatkan prestasi kewangan yang kukuh tahun lalu dengan keuntungan bersihnya melonjak 232 peratus kepada RM1.65 bilion daripada hanya RM497.983 juta tahun sebelumnya.
Pendapatannya tahun lalu naik 15 peratus kepada RM13.105 bilion daripada RM11.348 bilion.
Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Sri Jamaludin Ibrahim, berkata berikutan pencapaian itu, aliran tunai bebas positif kumpulan itu meningkat 265 peratus kepada RM2.1 bilion.
"Hampir setiap strategi kumpulan serta anak syarikat (Celcom Bhd, PT XL Axiata Tbk, Dialog Telekom, dan Axiata (Bangladesh) Ltd (AxB)) dilaksanakan seperti dirancang yang menyaksikan aliran prestasi kewangan sukuan positif.
"Prestasi cemerlang dapat dilihat terutama dalam operasi di Malaysia, Indonesia dan Bangladesh yang menyumbang kepada peningkatan ketara 232 peratus dalam untung bersih, manakala kedua-dua XL dan AxB pula mencatat untung bersih positif setelah merekodkan kerugian dalam tahun sebelumnya," katanya pada sidang media mengumumkan prestasi kewangan berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.
Hadir sama Pengarah Eksekutif yang juga Ketua Pegawai Operasi Axiata, Datuk Yusof Annuar Yaacob.
Axiata mencatat untung bersih RM558.283 juta pada suku keempat tahun lalu 9 berbanding kerugian bersih RM515.250 juta pada suku sama tahun sebelumnya.
February 25, 2010
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com