February 5, 2010

FBM KLCI ditutup lebih rendah

Kebimbangan pemulihan ekonomi tergendala pengaruhi pasaran saham

SAHAM di Bursa Malaysia mencatatkan penutupan dagangan pada paras lebih rendah semalam, didahului penurunan di kaunter mewah utama, apabila kejatuhan di Wall Street dan bursa serantau melemahkan sentimen, kata peniaga.

Pasaran Asia jatuh ekoran kebimbangan mengenai kemungkinan pemulihan ekonomi tergendala berikutan kelembapan jualan runcit yang tidak dijangkakan di Australia serta kadar pengangguran yang tinggi di New Zealand.




FBM KLCI turun 2.12 mata kepada 1,265.03 selepas dibuka 0.02 mata lebih tinggi pada 1,267.17 pagi semalam.

Indeks Kewangan susut 33.75 mata kepada 11,119.17 dan Indeks Perusahaan jatuh 0.33 mata kepada 2,605.76.

Bagaimanapun, Indeks Perladangan, naik 19.58 mata kepada 6,236.08.

Indeks FBM Emas turun 20.17 mata kepada 8,522.82, Indeks FBM70 jatuh 12.45 mata kepada 8,372.88 dan Indeks FBM Ace merosot 21.9 mata kepada 4,365.71.

Saham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 446 berbanding 216 manakala 252 kaunter tidak berubah, 412 tidak diniagakan dan 25 digantung urus niaga.

Jumlah dagangan mengecil kepada 620.73 juta saham bernilai RM992.19 juta daripada 865.28 juta saham bernilai RM1.13 bilion kelmarin.

Antara saham berwajaran tinggi, Sime Darby susut dua sen kepada RM8.45, Maybank turun sesen kepada RM6.89, CIMB Group empat sen lebih rendah pada RM12.70 dan Maxis kekal pada RM5.38.

Bagi saham cergas, MEMS Technology masih pada enam sen, Integrated Rubber Corp turun enam sen kepada RM1.20, Magna Prima naik 9.5 sen kepada RM1.01 dan Gula Perak kekal pada 5.5 sen.

DiGi.Com menjadi antara kaunter yang meraih kenaikan terbesar dengan peningkatan sebanyak 20 sen kepada RM22.30 berikutan berita ia akan membayar 138 peratus daripada keuntungan bersihnya bagi 2009 sebagai dividen.

EON Capital melantun ekoran berita bahawa beberapa pemegang saham utamanya akan meminta diadakan mesyuarat bagi melantik pengarah bebas baharu bagi mempertimbang tawaran pengambilalihan daripada Hong Leong Bank.

Kaunter itu naik dua sen kepada RM6.85.

Jumlah dagangan dalam pasaran Utama susut kepada 517.09 juta saham bernilai RM976.95 juta daripada 725.69 juta saham bernilai RM1.11 bilion kelmarin.

Pasaran Ace mencatatkan penurunan jumlah dagangan kepada 79.16 juta unit bernilai RM10.95 juta daripada 102.90 juta unit bernilai RM13.365.

Waran berkurangan jumlahnya kepada 19.52 juta saham bernilai RM2.99 juta daripada 32.01 juta saham bernilai RM5.77 juta.

Barangan pengguna menyumbang 26.50 juta saham yang diniagakan dalam Pasaran Utama, barangan perusahaan 133.30 juta, pembinaan 59.90 juta, perdagangan dan perkhidmatan 145.80 juta, teknologi 20.30 juta, prasarana 5.50 juta, kewangan 53.20 juta, hotel 13.60, harta 43.60 juta, perladangan 13.30 juta, perlombongan 0, REIT 1.40 juta, dan dana tertutup 19,000. – Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers