February 18, 2010

Dagangan Bursa Malaysia kukuh

KUALA LUMPUR 17 Feb - Harga-harga saham di Bursa Malaysia kekal kukuh ketika ditutup hari ini dengan keuntungan kebanyakan dilihat pada kaunter berkaitan perladangan, kata para peniaga.

Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) ditutup 5.68 mata atau 0.453 peratus lebih tinggi pada 1,259.07, dirangsang oleh kenaikan yang didahului oleh IOI Corporation dan Sime Darby.FBM KLCI, yang meningkat 3.05 mata ketika dibuka pada 1,256.44 pagi ini, bergerak antara 1,256.36 dan 1,264.44 sepanjang hari urus niaga hari ini.

Terdapat beberapa belian sederhana untuk saham kewangan yang sekali gus menolak Indeks Kewangan untuk menokok 50.2 mata kepada 10,996.24.Untuk indeks perusahaan, ia meningkat 15.22 mata kepada 2,603.29 sementara Indeks Perladangan melonjak 72.92 mata kepada 6,277.42.

Indeks FBM Emas pula menambah 49.8 mata kepada 8,486.13, Indeks FBM70 mengembang 60.19 mata kepada 8,341.7 dan Indeks FBM Ace lebih tinggi 41.44 mata kepada 4,370.41.

Saham-saham untung mengatasi saham rugi dengan 407 berbalas 204 sementara 208 kaunter tidak berubah, 510 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung urus niaga.

Urus niaga agak sederhana hari ini dengan jumlah dagangan berkurangan kepada 544.99 juta saham bernilai RM1.018 bilion berbanding Jumaat lepas iaitu 560.587 juta saham bernilai RM811.432 juta. Jumlah dagangan di Pasaran Utama pula turun kepada 445.876 juta saham bernilai RM991.116 juta daripada 487.869 juta unit bernilai RM790.923 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Ace pula menokok kepada 64.626 juta unit bernilai RM17.925 juta daripada 37.02 juta unit bernilai RM8.206 juta Jumaat lepas.

Waran menambah kepada 28.808 juta saham bernilai RM5.431 juta berbanding 22.589 juta unit bernilai RM3.254 juta sebelumnya.

Di kalangan saham aktif, Malaysian Airline System-Ord menambah setengah sen kepada 14 sen, Integrated Rubber Corporation lebih tinggi dua sen kepada RM1.18 sementara Axiata Group meningkat empat sen kepada RM3.45.

Produk pengguna menguasai 20.038 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian 116.773 juta, pembinaan 22.194 juta, urus niaga dan perkhidmatan 154.342 juta, teknologi 22.459 juta, infrastruktur 7.449 juta, kewangan 45.611 juta, perhotelan 1.582 juta, hartanah 39.779 juta, perladangan 15.047 juta, perlombongan sifar, REIT 582,4000 dan dana tertutup 19,700.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers