February 19, 2010

CIMB Thai tetapkan tiga keutamaan

BANGKOK 18 Feb. – Pengerusi CIMB Thai yang baru dilantik, Chakramon Phasukvanich telah menetapkan tiga keutamaan ke arah mengukuhkan lagi asas bank untuk mencapai keputusan lebih baik tahun ini.

Beliau berkata, keutamaan itu adalah mengurangkan pinjaman tidak berbayar (NPL), mencari pasaran baharu bagi pelanggan perusahaan kecil dan sederhana (SME) dan mengembangkan operasi bank menembusi Indo-China.

“Kami berharap akan mengurangkan NPL kurang daripada purata industri perbankan Thailand, kerana buat masa ini, kami di kalangan yang paling tinggi,” katanya di sini malam tadi.

Menurut rekod, bank itu berhasrat untuk menurunkan NPL bersih kepada kurang lima peratus daripada portfolio pinjamannya tahun ini, daripada 5.45 bilion baht (RM559.2 juta) atau 5.79 peratus sekarang, berbanding purata industri iaitu tiga peratus.

NPL kasar bank itu adalah 9.13 bilion baht (RM936.8 juta) atau 9.62 peratus daripada portfolionya, lebih tinggi daripada purata sektor itu iaitu 6.3 peratus.

CIMB Thai, yang sebelum ini dikenali sebagai BankThai, menjadi sebahagian daripada CIMB Group pada November 2008, apabila CIMB Group memperoleh 93.15 peratus sahamnya.

Pada 30 Jun 2009, aset keseluruhan dan dana pemegang saham CIMB Thai dicatatkan pada 134 bilion baht dan 7.1 bilion baht (728.5 juta).

CIMB Thai mempunyai 147 cawangan di Thailand.

“CIMB Thai kini berbincang dengan CIMB Group mengenai isu NPL ini dan kami berharap untuk menyelesaikannya tahun ini,” kata Chakramon, yang dilantik sebagai pengerusi pada 1 Januari tahun ini.

Dilaporkan CIMB Thai bercadang menjual kepentingannya dalam Sathorn Asset Management kepada syarikat induk bank itu.

Sekarang, CIMB Thai memegang 100 peratus kepentingan dalam firma pengurusan aset itu dengan NPL bernilai 3 bilion baht (307.8 juta).

Mengenai keutamaan keduanya untuk mencari pasaran baharu bagi pelanggan SME, Chakramon, seorang bekas pengerusi Small and Medium Enterprise Development Bank of Thailand, hanya tersenyum apabila diminta menjelaskan perkara ini.

“Kami akan buat pengumuman di masa hadapan,” katanya.

Ahli Kumpulan Penasihat Ekonomi kepada pejabat Perdana Menteri, beliau berkata, bank itu bercadang untuk menembusi Indo-China, bermula dengan Vietnam.

“BankThai, ditubuhkan pada 1998, pernah mempunyai cawangan di Vietnam dan Kemboja. Tetapi kali ini, kita mesti merancang dengan berhati-hati dan tidak mengulang kesilapan lalu,” katanya tanpa menerangkan lebih lanjut.

Chakramon yang merupakan lulusan Sarjana Pengajian Ekonomi dari California State University, berkata, CIMB Thai kini menyediakan perancangan korporat lima tahun sejajar dengan harapan dan hala tuju CIMB Group.

“Tiga keutamaan ini akan menyediakan asas yang kukuh bagi CIMB Thai dan bersama-sama dengan dua penyenaraian itu, bank dijangka mencatatkan keuntungan yang lebih baik tahun ini.

Dilaporkan CIMB Group bercadang membuat penawaran awam awal (IPO) sehingga 35 juta untuk sahamnya bagi rancangan penyenaraian berkembarnya dalam Bursa Saham Thailand (SET).

Penyenaraian itu dijangka selesai pada separuh pertama tahun ini, bergantung kepada kelulusan pemegang saham CIMB Group dan pihak berkuasa Thailand dan Malaysia.

Berdasarkan pemodalan pasaran CIMB Group iaitu ASS$13.7 bilion (RM46.99 bilion) setakat 13 November tahun lepas, syarikat itu akan menjadi antara tiga kumpulan terbesar dalam SET.

CIMB Thai mencatatkan keuntungan bersih iaitu 1.66 juta baht (RM170,00) bagi 2009 dan akan kekal tersenarai dalam SET berikutan penyenaraian berkembar itu. – BERNAMA

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers