February 3, 2010

Bursa kukuh sejajar keuntungan di Wall Street

KUALA LUMPUR 2 Feb - Harga saham ditutup tinggi di Bursa Malaysia sejajar dengan keuntungan semalaman di Wall Street dan berita ekonomi yang positif dari Amerika Syarikat membantu mendorong sentimen pasaran, kata peniaga.

Pasaran melihat dagangan aktif di kalangan kaunter berharga rendah tetapi kegiatan mengambil untung di kalangan saham berwajaran tinggi, pada sesi petang, mengurangkan pendapatan keseluruhan.

Kadar asas Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) ditutup 4.6 mata lebih tinggi pada 1,263.76 selepas dibuka 6.61 mata lebih tinggi pada 1,265.77.

Indeks Kewangan meningkat 61.25 mata kepada 11,140.04, Indeks Perusahaan meningkat 1.95 mata kepada 2,587.99 dan Indeks Perladangan meningkat 15.61 mata kepada 6,203.74. Indeks FBM Emas meningkat 24.76 mata kepada 8,508.76 dan Indeks FBM70 meningkat 23.181 mata kepada 8,349.4. Indeks FBM Ace bagaimanapun menyusut 41.19 mata kepada 4,340.64 mata.

Kaunter untung mengatasi kaunder rugi dengan 359 berbanding 347 sementara 251 kaunter tidak berubah dan 360 yang lain tidak didagangkan.

Jumlah dagangan ditutup lebih rendah pada 928.064 juta saham bernilai RM1.345 bilion, daripada 973.251 juta saham bernilai RM1.623 bilion Jumaat lepas.

Di kalangan saham berwajaran tinggi, Sime Darby menyusut lima sen kepada RM8.48, CIMB Group naik 10 sen kepada RM12.76 sementara Maybank dan Maxis masing-masing naik satu sen kepada RM6.80 dan RM5.39, setiap satu.

Di kalangan saham aktif, Linear Corporation meningkat 5.5 sen kepada 59.5 sen.

Perolehan dagangan di pasaran utama susut kepada 762.784 juta saham bernilai RM1.319 bilion daripada 834.42 juta saham, bernilai RM1.59 bilion, Jumaat lepas.

Bagi pasaran Ace, jumlah dagangan meningkat kepada 105 juta saham bernilai RM13.847 juta berbanding 98.6 juta saham bernilai RM14.06 juta Jumaat lepas.

Waran meningkat kepada 28.210 juta unit bernilai RM4.983 juta daripasa 26.51 juta unit bernilai RM4.73 juta Jumaat lepas.

Barangan pengguna mewakili 38.545 juta saham yang didagangkan di Psaran Utama, produk perusahaan 193.649 juta pembinaan 44.746 juta, dagangan dan perkhidmatan 241.099 juta, teknologi 26.664 juta, prasarana 13.991 juta, kewangan 66.09 juta, hotel 3.20 juta, harta 111.174 juta, perladangan 21.39 juta, perlombongan tiada, REIT 2.2 juta dan dana tertutup 20,800. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers