February 10, 2010

FBM KLCI dibuka lebih rendah

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah semalam dengan tekanan jualan berterusan ke atas saham mewah dan saham berharga rendah.

Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) merosot 1.36 mata atau 0.11 peratus kepada 1,233.86 selepas dibuka 6.48 mata lebih rendah pada 1,228.74.

Peniaga berkata, kemerosotan di pasaran semalaman Wall Street memberi tekanan kepada bursa tempatan.




Purata Perindustrian Dow Jones menjunam 1.04 peratus atau 103.84 mata kepada 9.908.39, Indeks S&P 500 berkurangan 0.89 peratus atau 9.45 mata kepada 1,056.74 dan Nasdaq susut 0.70 peratus atau 15.07 mata kepada 2,126.05.

Ketua Penyelidik MIMB Investment, Mohd Nazri Khan, berkata sentimen yang lembap berlanjutan berikutan faktor luaran seperti meningkatnya krisis hutang negara di Eropah.

Katanya, masalah fiskal di Greece, Sepanyol dan Portugal turut menjejaskan minat membeli.

“Pelabur terus bimbang yang masalah di Eropah boleh menular ke negara baru muncul di Asia, kata beliau.

Mohd Nazri berkata, pelabur turut risau dengan tindakan China mengekang pinjaman bank ke atas projek hartanah serta rancangan AS untuk mengehadkan saiz dan skop banknya.

Beliau berkata, pelabur seharusnya bergerak dari saham mengikut putaran kepada defensif seperti yang berkaitan dengan telekom dan pengguna yang mempunyai keupayaan yang lebih baik bagi menangani kelembapan ekonomi.

“Dalam tempoh satu dan tiga bulan ini, pasaran akan terus stabil pada satu tahap,” kata beliau.

Indeks Kewangan merosot 34.859 mata kepada 10,740.70, Indeks Perusahaan menokok 4.69 mata kepada 2,565.87 dan Indeks Perladangan turun 12.62 mata kepada 6,117.5.

Indeks FBM Emas lebih rendah 16.3 mata kepada 8,303.32, Indeks FBM70 berkurangan 50.05 mata kepada 8,130.73 tetapi Indeks FBM Ace menambah 18.1 mata kepada 4,281.95. Saham rugi mengatasi saham untung dengan 345 berbalas 293 sementara 269 kaunter tidak berubah, 420 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.

Jumlah dagangan menokok kepada 773.396 juta saham bernilai RM1.516 bilion daripada 769.125 juta saham bernilai RM1.316 bilion kelmarin.

Di kalangan saham berwajaran tinggi, Sime Darby naik satu sen kepada RM8.32, Maybank dan CIMB, masing-masing kekal pada RM6.72 dan RM12.22 sementara Maxis menokok enam sen kepada RM5.39.

Saham aktif pula, KNM Group menambah dua sen kepada 80.5 sen, Malaysian Res Corp susut setengah sen kepada 12.5 sen, Talam Corporation meningkat setengah sen kepada 12 sen dan Genting kerugian sembilan sen kepada RM6.63 sen.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama mengukuh kepada 666.827 juta saham bernilai RM1.493 bilion daripada 643.208 juta saham bernilai RM1.286 bilion kelmarin.

Jumlah dagangan di pasaran Ace merosot kepada 55.353 juta unit bernilai RM11.209 juta daripada 65.579 juta unit sebelumnya.

Waran berkurangan kepada 36.102 juta unit bernilai RM6.861 juta daripada 38.195 juta bernilai RM6.88 juta sebelumnya.

Produk pengguna menguasai 25.365 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perusahaan 165.931 juta, pembinaan 72.319 juta, urus niaga dan perkhidmatan 201.124 juta, teknologi 27.176 juta, infrastruktur 9.594 juta, kewangan 65.196 juta, perhotelan 425,700, hartanah 70.597 juta, perladangan 27.586 juta, perlombongan 10,000, REIT 1.459 juta dan dana tertutup 43,800. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers