February 9, 2010

Harga FBM KLCI terus menurun

HARGA saham di Bursa Malaysia terus mencatatkan penurunan semalam berikutan kekurangan belian institusi, kata peniaga.

Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) turun 12.68 mata atau 1.02 peratus kepada 1,235.22 selepas dibuka 0.09 mata lebih rendah pada 1,247.81.

Peniaga berkata, sentimen lemah diburukkan lagi oleh krisis hutang berdaulat yang semakin meningkat di Eropah dan kelemahan pasaran serantau.




Maybank Investment Bank Bhd berkata, paras sokongan pasaran dijangka terus menurun berikutan aktiviti penjualan sebelum Tahun Baru Cina.

Ketua Bahagian Penyelidikan Runcitnya, Lee Cheng Hooi, percaya Tahun Harimau yang jatuh pada tahun ini akan membawa kejutan tidak menyenangkan bagi pasaran ekuiti tempatan yang terlebih belian.

"Perlu diingat bahawa 1986 dan 1998 mendatangkan harga rendah krisis bagi FBM KLCI.


“Tahun ini (2010) juga adalah Tahun Harimau dan ia dijangka sama dengan kitaran rendah 1986 dan 1998 bagi FBM KLCI," katanya.

Indeks Kewangan menjunam 167.171 mata kepada 10,775.56, Indeks Perusahaan turun 14.5 mata kepada 2,561.18 dan Indeks Perladangan susut 18.93 mata kepada 6,130.12. Indeks FBM Emas jatuh 85.91 mata kepada 8,319.62, Indeks FBM70 berkurangan 59.9 mata kepada 8,180.78 manakala Indeks FBM Ace turun 50.78 mata kepada 4,263.85.

Kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 608 berbanding 119 manakala 214 kaunter tidak berubah, 386 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 769.125 juta saham bernilai RM1.316 bilion

daripada 918.215 juta saham bernilai RM1.522 bilion, pada Jumaat minggu lalu.

Di kalangan saham wajaran tinggi, Sime Darby turun lima sen kepada RM8.31, Maybank susut sembilan mata kepada RM6.72, CIMB Group berkurangan 20 sen kepada RM12.22 dan Maxis merosot tiga sen kepada RM5.33.

Di kalangan kaunter cergas, KNM Group berkurangan tiga sen kepada 78.5 sen, Malaysian Res Corp susut empat sen kepada 13 sen tetapi ETI Tech naik 1.5 sen kepada 46 sen dan Talam jatuh setengah sen kepada 11.5 sen.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 643.208 juta saham bernilai RM1.286 bilion, daripada 776.764 juta saham bernilai RM1.492 bilion pada Jumaat lalu.

Jumlah dagangan Pasaran Ace meningkat kepada 65.579 juta unit bernilai RM15.938 juta daripada 49.643 juta unit bernilai RM11.003 juta, sebelumnya.

Waran susut kepada 38.195 juta saham bernilai RM6.88 juta daripada 57.859 juta saham bernilai RM8.807 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menyumbang 31.981 juta saham yang diniagakan di Pa-

saran Utama, barangan perusahaan 165.912 juta, pembinaan 66.357 juta, perda-

gangan dan perkhidmatan 178.29 juta, teknologi

24.422 juta, prasarana 9.275 juta, kewangan 72.544

juta, hotel 2.530, harta

69.729 juta, perladangan 20.854 juta, perlombongan 11,000, REITs 1.277 juta, dan dana tertutup 24,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers