February 12, 2010

Ulasan pasaran: Belian saham murah lonjak indeks

FBM KLCI naik 3.25 mata kepada 1,249.42 selepas dibuka pada 1,247.53 mata

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur semalam apabila sebahagian pelabur tidak memasuki pasaran berikutan penurunan di Wall Street semalaman.

Bagaimanapun, aktiviti membeli saham murah terpilih yang sederhana berjaya melonjakkan Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) 3.25 mata atau 0.26 peratus lebih tinggi kepada 1,249.42 selepas ia dibuka pada 1,247.53.




Indeks Petunjuk pasaran itu bergerak antara paras 1,244.86 sehingga 1,249.42 apabila minat tertumpu kepada saham wajaran tinggi dan saham jajaran rendah.

Di Wall Street, Dow Jones jatuh 20.26 peratus kepada 10,038.38, Standard & Poor's 500 Index turun 2.39 peratus kepada 1,068.13 manakala Nasdaq susut 3.00 peratus kepada 2,147.87.



Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) akan bertemu di satu sidang kemuncak untuk membincangkan isu hutang berdaulat di Greek.



Indeks Kewangan meningkat 14.32 mata kepada 10,883.99, Indeks Perusahaan turun 0.18 mata kepada 2,576.44 manakala Indeks Perusahaan menokok 14.02 mata kepada 6,187.15.

Indeks FBM Emas menokok 19.979 mata kepada 8,397.59, Indeks FBM70 menambah 21.729 mata kepada 8,227.93 manakala Indeks FBM Ace susut 63.07 mata kepada 4,257.21.

Suasana pasaran kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 313 berbanding 276 manakala 255 kaunter tidak berubah, 485 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 646.353 juta saham bernilai RM881.907 juta daripada 615.42 juta saham bernilai RM1.16 bilion kelmarin.

Di kalangan saham wajaran tinggi, Sime Darby dan Maybank turun satu sen setiap satu masing-masing kepada RM8.38 dan RM6.83 manakala CIMB tidak berubah pada RM12.36, Maxis naik tiga sen kepada RM5.40 dan IOI Corporation menambah satu sen kepada RM5.21.

Di kalangan saham cergas, Msian Airline Sys-Ord Rights turun 30.5 sen kepada 13.5 sen, Redtone Int-Loan Right tidak berubah pada 2.5 sen, Talam jatuh setengah sen kepada 11.5 sen, KNM naik setengah sen kepada 81 sen manakala Axiata menokok lapan sen kepada RM3.42.

Di kalangan kaunter untung utama, Dutch Lady naik 40 sen kepada RM11.70, Tanjong Public meningkat 26 sen kepada RM17.40, Daibochi menokok 20 sen kepada RM3.18, Far East Holdings menambah 15 sen kepada RM6.85 manakala LPI Capital naik 14 sen kepada RM13.56

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 555.257 juta saham bernilai RM866.543 juta daripada 522.434 juta saham bernilai RM1.142 bilion kelmarin.

Jumlah dagangan Pasaran Ace berkurang kepada 19.776 juta unit bernilai RM3.997 juta daripada 48.462 juta unit bernilai RM8.825 juta.

Waran menokok kepada 32.099 juta unit bernilai RM5.763 juta daripada 24.094 juta unit bernilai RM4.2 juta.

Barangan pengguna menyumbang 21.002 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 97.872 juta, pembinaan 24.745 juta, perdagangan dan perkhidmatan 295.601 juta, teknologi 11.426 juta, prasarana 9.176 juta, kewangan 26.757 juta, hotel 2.619 juta, harta 50.509 juta, perladangan 14.642 juta, perlombongan 5,000, REITs 858,400, dan dana tertutup 43,200.

– Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers