CIMB-Principal Asset Management Bhd menjangkakan dana terbarunya yang dilancarkan minggu lalu, CIMB-Principal China-India-Indonesia Equity Fund, akan habis dilanggan dalam tempoh tiga hingga enam bulan.
Ketua Eksekutifnya, Campbell Tupling, berkata dana itu akan menumpukan syarikat tersenarai yang ditubuhkan di China, India dan Indonesia, tetapi dinilai lebih rendah daripada sepatutnya atau mempunyai operasi yang mantap di negara terbabit.
Katanya, China, India dan Indonesia adalah negara sedang berkembang yang mana terdapatnya pakej rangsangan berjumlah lebih AS$1 trilion yang diperkenalkan kerajaan masing-masing serta simpanan asing lebih AS$4 trilion.
“Ketiga-tiga negara terbabit kini menjadi destinasi pelaburan yang amat menarik. Mereka menghasilkan aktiviti ekonomi bersamaan 44 peratus daripada ekonomi Amerika Syarikat (AS). Menjelang 2015, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ketiga-tiga negara terbabit dijangka melebihi AS$10 trilion, walaupun dalam kadar pertumbuhan sederhana,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran CIMB China-India-Indonesia Equity Fund di Kuala Lumpur, minggu lalu.
Hadir sama Ketua Pegawai Pelaburannya, Raymond Tang Chee Kin dan Pengarah Eksekutif CIMB Bank Bhd, Sulaiman Mohd Tahir.
CIMB-Principal China-India-Indonesia Equity Fund dibuka untuk langganan awam mulai 21 Januari lalu pada pada harga permulaan 25 sen seunit dengan langganan minimum RM1,000.
Dana dengan saiz diluluskan sebanyak 600 juta unit itu diedarkan CIMB Bank, CIMB Investment - Retail Equities, CIMB Private Banking, CWA (sebelum ini dikenali sebagai CIMB Wealth Advisors), Hong Leong Bank, Royal Bank of Scotland dan Phillip Mutual.
CIMB-Principal akan melabur 70 hingga 98 peratus daripada nilai aset bersih (NAV) dana itu dalam ekuiti, dengan sekurang-kurangnya dua peratus daripada NAV dana terbabit dilaburkan.
dalam aset mudah tunai.
Katanya, agihan dana bagi ketiga-tiga negara adalah berbeza, bergantung kepada unjuran bagi setiap negara dan prestasi penanda aras dana yang akan dibandingkan dengan Hang Seng China Enterprises Index, S&P CNX Nifty Index dan Jakarta Composite Index.
“Kami mensasarkan pulangan antara 10 hingga 15 peratus setahun bagi CIMB-Principal China-India-Indonesia Equity Fund ini dalam tempoh tiga hingga lima tahun,” katanya.
Sementara itu, Tang berkata, CIMB-Principal Asset Management meramalkan pertumbuhan pada kadar sama seperti tahun lalu bagi aset di bawah pengurusannya tahun ini.
Katanya, setakat 31 Disember 2009, CIMB-Principal Asset Management menguruskan 67 dana bernilai RM22.1 bilion, yang mana ia adalah peningkatan sebanyak RM5.2 bilion daripada tahun sebelumnya.
“Pada Disember 2008, kami menguruskan aset bernilai RM16.9 bilion dan berharap kami mampu meneruskan tahap pertumbuhan sama tahun ini,” katanya.
February 1, 2010
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com