February 11, 2010

Ringgit terus kukuh

KUALA LUMPUR 10 Feb - Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini seiring dengan keuntungan di pasaran-pasaran ekuiti berikutan laporan menyatakan kemungkinan Eropah akan membantu kemelut hutang yang dihadapi oleh Greece, kata para peniaga.

Pada pukul 5 petang, unit tempatan diniagakan pada 3.4300/4340 berbanding 3.4340/4390 semalam.

Nur Adeline Baharin dari RHB Bank berkata mata wang tempatan turut disokong oleh aktiviti pengambilan untung ke atas dolar AS dan bergerak antara 3.4260 dan 3.4350 hari ini.

Beliau berkata unit tempatan dijangka mencecah paras 3.45 minggu ini.

Ringgit ditutup tinggi sejajar dengan lain-lain mata wang Asia terutama China yang ditetapkan kepada dolar As, mula mengaum apabila wilayah itu mula menerajui pemulihan ekonomi semalam.

Unit tempatan ditutup tinggi berbanding yen Jepun pada 3.8286/8339 daripada 3.8339/8407 sebelumnya. Ia merosot berbanding euro kepada 4.7193/7262 daripada 4.7090/7169 semalam.

Ringgit lebih rendah berbanding pound Britain kepada 5.3765/3845 daripada 5.3526/3624 semalam dan susut berbanding dolar Singapura kepada 2.4189/4241 daripada 2.4154/4241 sebelumnya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers