February 4, 2010

Ringgit ditutup tinggi

KUALA LUMPUR 3 Feb - Ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS pada akhir dagangan hari ini apabila pelabur pasaran memperlihat minat mengambil risiko dan mengalihkan perhatian mereka ke arah mata wang Asia, kata seorang peniaga.

Pada pukul 5 petang, mata wang tempatan itu naik kepada 3.4000/4040 daripada 3.4170/4200 pada penutupan semalam.

Peniaga itu juga berkata sokongan bagi ringgit mengukuh disebabkan oleh kenaikan berterusan di bursa tempatan, ekoran sentimen pelabur tentang pemulihan ekonomi semakin baik.

Ringgit bergerak di antara 3.4040 dan 3.4200 sepanjang hari dagangan ini.

Sementara itu, unit tempatan itu mencatatkan penurunan berbanding kebanyakan mata wang utama.

Ia meningkat kepada 2.4149/4202 berbanding dolar Singapura daripada 2.4195/4240 semalam dan susut berbanding yen kepada 3.7711/7780 daripada 3.7694/7753 sebelumnya.

Ringgit juga turun berbanding Euro kepada 4.7607/7670 daripada 4.7561/7613 sebelumnya dan jatuh berbanding pound sterling kepada 5.4573/4648 daripada 5.4388/4453 semalam.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers