SAHAM di Bursa Malaysia dijangka meneruskan corak menurun terutama dengan pelabur mahu berada dalam keadaan selamat dengan menyimpan dolar Amerika Syarikat (AS), berikutan ekuiti Eropah yang lemah.
Penganalisis berkata, pasaran menurun dan berkemungkinan meneruskan aliran itu dan didagangkan dalam jajaran semasa.
Bagi minggu yang baru berakhir, petunjuk pasaran Indeks Komposit FBM Kuala Lumpur susut 41.29 mata kepada 1,295.16 berbanding 1,300.45 minggu lalu.
“Wujud keadaan untuk berada dalam situasi selamat berikutan pasaran Eropah menjadi tidak menentu dan ia mungkin menjejaskan pasaran. Saya lihat dolar semakin mengukuh,” katanya.
Beliau berkata, berdasarkan paras sokongan kukuh 1,248, pasaran hanya susut Jumaat lalu untuk membentuk asas.
“Ia akan terus menurun pada minggu mendatang, namun harga tidak akan turun mendadak,” katanya.
Beliau meletakkan paras ketahanan lebih rendah pada 1,255.
Minggu lalu, selari dengan bursa serantau, pasaran tempatan menyaksikan aliran harga menurun dengan saham berwajaran tinggi, terutama kaunter perbankan, terjejas.
Ia berikutan China me-ngetatkan dasar monetarinya selain cadangan oleh pentadbiran Obama untuk mengehadkan pengambilan risiko oleh bank di Amerika Syarikat.
Dalam pasaran tempatan, Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman pada dua peratus, namun memberikan tanda kemungkinan akan menyemak semula bagi mengelak ketidakseimbangan kewangan yang telah menjejaskan teruk saham perbankan.
Terdapat spekulasi bahawa kadar faedah akan meningkat pada suku kedua, menyebabkan kos meningkat dan menjejaskan pinjaman.
Minggu lalu, Indeks Kewangan susut 336.7 mata kepada 11,078.79 berbanding 11,415.49, Indeks Peladangan turun 251.59 mata kepada 6,188.13 berbanding 6,439.72 dan Indeks Perusahaan susut 114.86 mata kepada 2,586.04 berbanding 2,700.9.
Indeks FBM Emas susut 266.0 mata kepada 8,484.0, Indeks FBM Top 100 turun 261.54 mata kepada 8,249.32 dan Indeks FBM ACE turun 113.38 mata kepada 4,381.83. Jumlah dagangan berkurangan kepada 5.23 bilion saham bernilai RM7.66 bilion berbanding 5.927 bilion saham bernilai RM7.437 bilion pada minggu sebelumnya.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama susut kepada 4.14 bilion unit bernilai RM7.5 bilion berbanding 4.838 bilion unit bernilai RM7.188 bilion minggu lalu.
Waran susut kepada 193.12 juta unit bernilai RM37.04 juta berbanding 284.809 juta unit bernilai RM55.089 juta.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 558.8 juta unit bernilai RM93.18 juta berbanding 748.839 juta unit bernilai RM165.66 juta. - Bernama
February 2, 2010
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com