February 23, 2010

Harga saham ditutup lebih tinggi teguh

EKONOMI Harga saham ditutup lebih tinggi teguh





HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup lebih teguh semalam apabila pelabur kembali selepas bercuti panjang dan membeli saham di kaunter mewah serta yang berharga lebih rendah.




Ketika akhir dagangan, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) naik 8.77 mata kepada 1,266.44, selepas dibuka 2.84 mata lebih tinggi pada 1,260.51.

Penganalisis TA Securities, Stephen Soo, menjangka indeks utama itu diniagakan dalam lingkungan paras halangan dan sokongan 1,272 hingga 1,282 minggu ini.

“Keseluruhannya, pasaran kelihatan jauh lebih baik dengan kembalinya pelabur selepas bercuti bagi Tahun Baru Cina, dan prospek pasaran serantau juga kelihatan positif,” katanya.

Faktor luaran juga semakin stabil dan tidak akan memberi banyak kesan kepada pasaran tempatan, katanya.

Indeks Kewangan meningkat 80.22 mata kepada 11,082.16, Indeks Perusahaan mengukuh 18.1 mata kepada 2,619.11 dan Indeks Perladangan 34.12 mata lebih teguh pada 6,311.23.

Indeks FBM Emas naik 65.92 mata kepada 8,519.79, FBM70 melonjak 73.6 mata kepada 8,337.86 dan Indeks FBM Ace mengukuh 25.57 mata kepada 4,352.85.

Saham untung mengatasi saham rugi dengan jumlah 469 berbanding 196 manakala 254 kaunter tidak berubah, 409 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung urus niaga.

Bagaimanapun, jumlah dagangan susut kepada 600.145 saham bernilai RM1.02 bilion daripada 623.157 juta saham bernilai RM1.159 bilion Jumaat lalu.

Jumlah dagangan dalam Pasaran Utama susut kepada 519.965 juta saham bernilai RM1.006 bilion daripada 540.66 juta saham bernilai RM1.14 bilion Jumaat lalu.

Pasaran Ace mencatatkan peningkatan jumlah dagangan kepada 52.5 juta unit bernilai RM10.253 juta daripada 38.712 juta unit bernilai RM8.377 juta sebelumnya.

Waran berkurangan kepada 21.54 juta unit bernilai RM3.06 juta berbanding 35.194 juta unit bernilai RM4.119 juta sebelumnya.

Saham cergas termasuklah Malaysian Airline System-Ord Rights yang naik 2.5 sen kepada sembilan sen, Frontken Corp Bhd-Ord Rights menokok 1.5 sen kepada 7.5 sen dan KNM Group bertambah setengah sen kepada 80.5 sen.

Antara saham berwajaran tinggi, Sime Darby menambah enam sen kepada RM8.58, Maybank naik tujuh sen kepada RM6.96, CIMB Group mengukuh empat sen kepada RM12.60 dan Maxis meningkat tiga sen kepada RM5.40.

Public Bank dan Petronas Dagangan naik 10 sen setiap satu, masing-masing kepada RM11.20 dan RM8.68 manakala Tanjong PLC mengukuh 14 sen kepada RM17.80.

Barangan pengguna menguasai 23.21 juta saham yang diniagakan dalam Pasaran Utama, barangan perusahaan 113.01 juta, pembinaan 19.55 juta, perdagangan dan perkhidmatan 234.01 juta, teknologi 10.96 juta, prasarana 11.82 juta, kewangan 54.59 juta, hotel 5.38 juta, harta 34.29 juta, perladangan 12.31 juta, perlombongan 49,000, REIT 688,700 dan dana tertutup 45,500. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers