HARGA minyak sawit mentah (MSM) dijangka berada pada paras lebih rendah dalam suku pertama tahun ini dan boleh jatuh sehingga mencecah paras RM2,280 satu tan berikutan terdapatnya lebihan penawaran minyak makan di pasaran antarabangsa susulan ketibaan musim menuai kacang soya, iaitu pesaing utama minyak sawit tempatan.
Wakil Broker Niaga Hadapan Minyak Sawit, CIMB Futures Sdn Bhd, G M Teoh, berkata sejak sebulan lalu, harga komoditi itu sudah merosot daripada RM2,700 satu tan kepada RM2,480 satu tan ketika ini.
“Arah aliran itu dijangka berterusan kerana sudah ada banyak minyak makan lain di pasaran seperti minyak soya,” katanya pada sidang media pada seminar mengenai industri minyak sawit anjuran Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) di Subang Jaya, semalam.
Teoh berkata, pengeluaran minyak soya secara besar-besaran di Amerika Syarikat dan di beberapa negara Amerika Latin akan memberikan tekanan kepada harga minyak sawit sekurang-kurangnya dalam suku pertama tahun ini.
Beliau berkata, Brazil misalnya mengunjurkan tuaian 65 juta tan kacang soya tahun ini, Argentina (51 juta tan) dan Paraguay dijangkakan mencatatkan rekod tuaian tertinggi tahun ini berjumlah 6.9 juta tan.
“Penanaman kacang soya di Amerika Latin terjejas teruk tahun lalu akibat kemarau tetapi negara berkenaan dijangkakan mencatatkan rekod pengeluaran tertinggi tahun ini yang seterusnya akan mengakibatkan lebihan penawaran minyak makan di pasaran.
“Faktor ini akan memberikan saingan yang hebat kepada minyak sawit,” katanya.
Selain itu, Teoh berkata, paras harga MSM tahun lalu ditentukan oleh faktor permintaan yang menyebabkan harganya berpotensi untuk menjadi lebih tinggi tetapi keadaan akan berubah tahun ini.
“Tahun lalu, harga minyak sawit di pasaran ditentukan oleh permintaan terutama dari China. Bagaimanapun, tahun ini, harga minyak sawit akan ditentukan oleh faktor penawaran dan ini tidak memberikan kita kelebihan dan ia boleh menyebabkan harga komoditi itu jatuh,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi MPOC, Datuk Lee Yeow Chor, berkata beliau menjangkakan harga MSM akan berada sekitar RM2,500 hingga RM2,700 satu tan dalam suku pertama tahun ini.
“Ia adalah paras yang realistik berdasarkan keadaan semasa,” katanya
February 3, 2010
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com