KUALA LUMPUR 10 Feb. – Kumpulan CIMB yang kini memiliki deposit berjumlah RM35 bilion, berhasrat meningkatkan sebanyak RM8 bilion pada tahun ini.
Ketua Perbankan Runcitnya, Peter England yakin sasaran itu mampu dicapai dengan pelancaran Go For Gold yang dijangka mampu meraih simpanan deposit sekurang-kurangnya RM3 bilion.
Menurut beliau, baki RM5 bilion lagi akan diperoleh melalui pelancaran produk yang sama sepanjang tahun ini.
‘‘Kita kini mempunyai 5.5 juta pendeposit dan strategi kami adalah untuk menarik sebanyak mungkin pelanggan baru dan melancarkan produk-produk menarik untuk mengekalkan pelanggan sedia ada,’’ katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran kempen deposit Go For Gold di sini hari ini.
Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif dan Ketua Penjualan dan Pengagihan Pengguna, Sulaiman Mohd. Tahir dan hadir sama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic, Muzaffar Hisham.
Kempen deposit Go For Gold yang berlangsung selama empat bulan mulai awal bulan ini hingga 31 Mei, menawarkan hadiah utama jongkong emas 999.9 seberat satu kilogram.
Hadiah menarik yang lain termasuk 10 pakej percutian Gold Coast untuk dua orang bernilai RM15,000 setiap satu, baucer RM5,000 untuk menebus emas dan 50 hadiah bernilai RM1,000.
Katanya, penyertaan itu mudah dan dengan setiap simpanan tambahan sebanyak RM1,000, pelanggan layak menyertainya.
‘‘Tambahan deposit ini dikira berdasarkan perbezaan antara baki deposit pada 31 Januari 2010 dengan purata baki harian sepanjang tempoh kempen tersebut,’’ jelasnya.
Sebagai tambahan bonus, para pelanggan juga akan menikmati faedah sebanyak 2.45 peratus setahun bagi penempatan deposit tetap (FD) selama lapan bulan manakala pelanggan CIMB Preferred dan perbankan persendirian CIMB serta pelanggan yang berumur 50 tahun ke atas pula menikmati faedah 2.55 peratus setahun untuk tempoh matang yang sama.
‘‘Mekanisme kempen ini mudah, tidak perlu slogan atau mengisi borang. Pelanggan hanya perlu menambah deposit dengan kami, lebih banyak dibuat, lebih cerah peluang untuk menang,’’ ujar beliau.
February 11, 2010
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com