February 23, 2010

Ekonomi Malaysia mampu catat pemulihan tahun ini

MALAYSIA berada di landasan betul untuk mencatat pemulihan ekonomi tahun ini berdasarkan pertumbuhan ekonomi semasa melampaui jangkaan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Beliau berkata, berdasarkan petunjuk, Malaysia jelas menuju pemulihan ekonomi yang mana negara tidak lagi berada dalam keadaan ekonomi tidak menentu susulan kemelesetan ekonomi global sebelum ini.

“Kita sudah keluar daripada keadaan itu (tidak menentu),” katanya selepas melancarkan Thomson Reuters Islamic Finance Gateway di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Pegawai Kanan (Asean, rantau Asia Pacifik) Thomson Reuters, Edward Haddad dan Ketua Kewangan Islam Thomson Reuters Global, Rushdi Siddiqui.

Susulan kemelesetan ekonomi, Bank Negara mengambil keputusan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada rekod terendah dua peratus bagi kali ketujuh berturut-turut pada mesyuarat terakhirnya kerana masih wujud ketidakpastian prospek ekonomi negara maju.

Bagaimanapun, ia tidak menolak kemungkinan OPR tidak akan dibiarkan terlalu rendah bagi jangka masa lama memandangkan langkah itu akan membawa ketidakseimbangan dalam kewangan.

Dalam satu Pernyataan Dasar Monetari yang dikeluarkan selepas mesyuarat pertama Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) bagi 2010 pada bulan lalu, bank pusat itu juga berkata, pertumbuhan ekonomi negara maju terus bergantung kepada langkah dasar rangsangan, dan permintaan sektor swasta yang mapan ketika langkah pemulihan serta reformasi sistem kewangan sedang dilaksanakan.

Ditanya sama ada akan berlaku kenaikan kadar faedah susulan keadaan ekonomi yang semakin pulih, Zeti menegaskan, sebarang pengubahsuaian terhadap dasar kewangan harus dilihat sebagai usaha untuk meletakkan kadar faedah pada tahap biasa dan bukan untuk tujuan mengetatkannya

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers