KUALA LUMPUR 4 Feb. - Bursa Malaysia Bhd. (Bursa Malaysia) mencatatkan keuntungan bersih RM177.6 juta bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember lalu mewakili peningkatan 70 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Kenaikan itu adalah hasil pelupusan 25 peratus ekuiti kepentingan dalam Bursa Malaysia Derivatives Bhd. kepada CME Group Strategic Investments LLC bernilai RM76 juta berdasarkan Perjanjian Pembelian Saham yang dipersetujui pada 30 November tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Yusli Mohamed Yusoff (gambar) berkata, keuntungan operasi kumpulan tanpa mengira hasil pelupusan 25 peratus ekuiti kepentingan itu adalah RM101.6 juta, penyusutan tiga peratus berbanding tahun sebelumnya.
"Kita berdepan dengan pelbagai cabaran sepanjang tahun lalu di samping pelaksanaan pelbagai perkara membabitkan pengurusan operasi, ketelusan kewangan dan lain-lain bagi memastikan kami memberi nilai kepada pemegang saham," kata beliau selepas mengumumkan laporan penuh kewangan tahunan Bursa Malaysia yang berakhir 31 Disember lalu.
Pada tahun kewangan lalu, Bursa Malaysia mencatatkan bilangan tawaran awam permulaan berjumlah 14 berbanding 23 pada tahun 2008 manakala bilangan dana yang diraih bertambah daripada RM5.9 bilion kepada RM27.8 bilion.
Sementara itu, modal pasaran sehingga penghujung tahun lalu adalah sebanyak RM999 bilion berbanding RM644 bilion pada tahun sebelumnya dengan nilai purata dagangan harian menyusut daripada RM1.278 bilion kepada RM1.221 bilion.
Menurut Yusli, pada tahun lalu Bursa Malaysia mencatatkan 14 penyenaraian baru dengan jumlah dana yang diraih sebanyak RM12.04 bilion berbanding RM1.3 bilion pada tahun sebelumnya.
Peningkatan juga turut dicatatkan pada tawaran kedua (secondary offering) iaitu RM15.71 bilion berbanding RM4.6 bilion berikutan perubahan pada garis panduan penyenaraian bersama pengenalan perubahan waran berstruktur.
Ia melibatkan peningkatan 124 waran berstruktur berbanding 81 pada tahun sebelumnya.
Yusli menambah, Lembaga Pengarah akan mendapatkan persetujuan para pemegang saham pada mesyuarat agung tahunan 29 Mac ini bagi mengumumkan pembayaran dividen akhir sembilan sen sesaham di bawah sistem peringkat pertama.
Sementara itu, beliau menjangkakan tinjauan pasaran pada tahun ini menggalakkan selain meramalkan perolehan keseluruhan meningkat berbanding tahun lalu.
Yusli berkata, pihaknya juga tidak meletakkan sebarang sasaran IPO baru tetapi sehingga kini terdapat 20 syarikat yang telah diluluskan untuk disenaraikan ke Bursa Malaysia.
"Dijangkakan pada bulan ini dua buah syarikat akan disenaraikan manakala yang lainnya masih lagi menanti kelulusan dari Suruhanjaya Sekuriti," katanya.
Yusli berkata, Bursa Malaysia membuka peluang kepada mana-mana syarikat yang ingin disenaraikan di sini walaupun kebanyakan yang disenaraikan adalah syarikat dari China.
Katanya, pihaknya terus menerima permohonan dari syarikat-syarikat China untuk disenaraikan dan bersedia menerimanya asalkan memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Malaysia.
Beliau menambah, Bursa Malaysia akan meneruskan usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pasaran Islam sebagai yang diiktiraf antara tempat penyenaraian terbaik global untuk Sukuk pada tahun lalu.
February 5, 2010
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com