February 10, 2010

Longgarkan syarat pembiayaan - Nor Mohamed

KUALA LUMPUR 9 Feb. - Kerajaan berharap sektor perbankan berperanan penting dalam model ekonomi baru dengan melonggarkan syarat pembiayaan kewangan kepada para pelabur baru dan lama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, sektor perbankan perlu mengubah strategi pembiayaan masing-masing supaya mampu meningkatkan aktiviti ekonomi negara.

Katanya, pihak bank tidak perlu mengamalkan pandangan berat sebelah (bias) kepada pelabur sebaliknya mereka perlu menyemai perasaan yang lebih murni.

''Mereka (sektor perbankan) perlu lebih positif dalam menjalankan perniagaan kerana pendekatan positif itu merupakan salah satu kunci transformasi ekonomi negara.

''Pihak bank perlu lebih mempunyai perasaan belas kasihan dan murni hati selain tidak memandang serong dengan peminjam baru supaya aktiviti ekonomi terus berjalan lancar,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan taklimat mengenai cabaran selepas krisis kewangan global dalam Persidangan Ekonomi 1Malaysia di sini hari ini.

Hadir pada majlis sebagai moderator ceramah ialah Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Datuk Dr. Mahani Zainal Abidin.

Persidangan selama dua hari yang bermula semalam dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, Nor Mohamed berkata, proses transformasi ekonomi negara mengambil masa yang panjang dan sukar.

Namun, katanya, impian tersebut tetap dicapai dengan usaha berterusan kerajaan selama ini.

''Sewaktu kita merdeka, kita pun tidak menjangka bahawa kita boleh menuju ke negara berpendapatan pertengahan. Sekarang, kita bergerak untuk menuju ke arah negara berpendapatan tinggi.

''Jika dibandingkan, negara kita lebih berjaya dari negara-negara lain seperti Ghana. Banyak perkara yang kita lebih baik dari negara itu dan juga dari negara yang lain,'' ujarnya.

Selain itu, beliau menambah, perpindahan model ekonomi lama ke model baru bergantung kepada pengeluaran sesebuah negara.

Katanya, kunci utama pengeluaran yang tinggi adalah mempertingkatkan modal sumber manusia seperti mana yang digariskan Najib semalam, kata Nor Mohamed.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers