Indeks pasaran akan meningkat terutama pada akhir tahun
NILAI permodalan pasaran saham tempatan dijangka kekal melebihi paras RM1 trilion sepanjang tahun ini didorong pertambahan penyertaan pelabur susulan prospek pasaran lebih baik dan penyenaraian baru, kata Ketua Eksekutif Bursa Malaysia Bhd, Datuk Yusli Mohamed Yusoff.
"Saya fikir begitu. Ketika ini, nilai permodalan pasaran kita sudah berada di atas paras berkenaan (lebih RM1 trilion) dan sebahagian besar penganalisis mengunjurkan indeks pasaran akan meningkat khususnya menjelang akhir tahun ini.
"Tahun ini penyertaan pelabur runcit dijangka meningkat khususnya menerusi urus niaga dalam talian. Bagaimanapun cabaran utama kami ialah menarik kemasukan pelabur asing," katanya pada sidang media mengumumkan keputusan kewangan 2009 Bursa Malaysia di Kuala Lumpur semalam.
Beliau berkata, bilangan penyenaraian baru di Bursa Malaysia dijangka meningkat tahun ini, termasuk beberapa syarikat berpangkalan di China.
"Saya difahamkan ketika ini hampir 20 syarikat sudah diluluskan permohonan untuk membuat tawaran am permulaan (IPO) sementara 12 lagi masih diproses.
"Justeru jumlah IPO tahun ini sudah pastinya akan melebihi daripada 14 yang dilaksanakan pada tahun lalu," katanya.
Nilai permodalan pasaran saham tempatan kembali melonjak melepasi RM1 trilion pada 4 Januari lalu dan ia kekal di atas paras berkenaan hingga semalam.
Yusli berkata, pihaknya kini menyasar untuk meningkatkan jumlah penyertaan pelabur asing kepada lebih 30 peratus tahun ini berbanding 20 peratus tahun lalu.
"Tahun ini, kami mahu jumlah penyertaan pelabur asing ditingkat semula menjadi sepertiga daripada keseluruhan penyertaan. Ia akan dibuat menerusi penyediaan pelbagai kemudahan urus niaga bagi menarik minat mereka menyertai pasaran tempatan," katanya.
Sebelum itu Yusli mengumumkan Bursa Malaysia meraih untung bersih RM177.6 juta tahun lalu , meningkat 70 peratus berbanding RM104.4 juta yang diraih pada tahun sebelumnya.
Kenaikan berkenaan, disumbangkan hasil RM76 juta daripada pelupusan 25 peratus ekuiti dalam anak syarikatnya, Bursa Malaysia Derivatives Bhd kepada CME Group Strategic Investment LLC.
Bursa Malaysia mencadangkan bayaran dividen akhir sebanyak 9.0 sen sesaham menjadikan keseluruhan bayaran dividennya bagi 2009 sebanyak 19.1 sen sesaham.
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com